Friday, March 11, 2011

--> Puisi: Tanpa Aku Sedar...Mati

as-salam

Pejam celik pejam celik, umur kita semakin meningkat. Dalam diam dah masuk puluhan tahun. Aku takut memirkirkan masa depan yang belum pasti. Tambahan lagi, mati.

Dua puluh tahun
Umurku bakal menjelang angka puluh
Berpenat, bersuka dan mengeluh
Sekarang sudah hampir dua puluh

Bermain
Zaman kanak-kanak yang riang lagi gembira
Tidak mengenal erti tugasan, tidak mengenal erti derita
Bergelak ketawa tak ingat dunia
Itulah ketika diriku masih kanak-kanak mentah

Bersekolah
Indahnya pabila keputusan peperiksaan keluar
Air mata melimpah keluar dari kelopak mata
Resah gelisah menunggu keputusan perasaan bercampur baur
Terkedu pabila usahaku tidak berhasil seperti diharapnya ibu bapa
Aku redha, mungkin bukan rezeki aku lagi

Oh bulan
Oh matahari
Datang dan pergimu tidak pernahku endah
Kau berdua peneman setia, namun tidak pernahku kisah
Kini aku pasrah, aku bukan lagi kanak-kanak hingusan babah

Mati
Perkara terdekat bakalku temui
Cukupkah amalku? Cukupkah pahalaku?
Banyakkah khilafku? Banyakkah dosaku?
Hanya Yang Satu tahu, aku hanya manusia hina tanpa senjata
Yang akan kebal sehingga tamatnya masa

What say you?




Hope you get it...till then, that is how

iGossip

5 Gossips/Comments:

Farouk Harun Best Blogger Tips said...
This comment has been removed by the author.
Farouk Harun Best Blogger Tips said...

A good reminder..semoga kite hidup dan mati dalam iman dan Islam..

.:rizaL:. Best Blogger Tips said...

Farouk Harun:
InsyaAllah

Florinta Edward Best Blogger Tips said...

InsyaAllah..:)

.:rizaL:. Best Blogger Tips said...

Florinta Edward:
Amin...