Showing posts with label Amalan. Show all posts
Showing posts with label Amalan. Show all posts

Thursday, July 19, 2012

--> iPuasa dengan Hero Korea

as-salam

Ignore the title of this entry. I just wanna wish all of you....hurm, let my nephews say it because it will sound even cuter! Love them so much.

Oh ya, they're not just chinese-looking but also speak the language and now settling in Shanghai, China. It has been a year and they will come back in two years. Both of them are 5 and 6 years old.
Wallpaper Ramadhan
Wallpaper Ramadhan
Wallpaper Ramadhan
Daripada Abu Hurairah; telah bersabda Rasulullah SAW:
"Barang siapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu"

Don't forget to perform Solat Tarawih ya!

Hope you get it...till then, that is how

iGossip

Sunday, February 5, 2012

--> iSlam: Muslim Beri Makan Kepada Anjing Terbiar

as-salam

Sumber gambar adalah daripada Facebook.




Aku sangat tersentuh bila melihat gambar ini. Mana tidaknya, berapa ramai daripada kita (orang Islam @ Muslim) yang sanggup berbuat macam ni? Beri makan kepada anjing yang terbiar dan kelaparan. Kita kena ingat, anjing juga merupakan makhluk ciptaan Allah. Tak salah kita berlaku baik kepada haiwan ni.

Yes, we Muslims can't touch dogs but to feed this unfortunate dogs, I don't really have an issue about it.  When we help the unfortunate animals like in the photos, it indirectly shows the good image about Islam itself. Here are some of the comments I've taken from the Facebook page. Look at these positive comments even from the non muslims people. 

From non muslims' perspectives regarding the picture:

From muslims' perspectives regarding the picture:

Nak tahu kisah pelacur yang dijanjikan syurga kerana memberi minum kepada seekor anjing yang kehausan? Click on the link given; Kisah Seorang Pelacur dan Anjing.

Hope you get it...till then, that is how

iGossip

Wednesday, January 4, 2012

--> Pelajar Pintar: Siti Fatimah Mukhtar di UK

as-salam

Saudari Siti Fatimah Mukhtar merupakan seorang pintar yang berasal dari Kelantan yang memperolehi keputusan yang amat cemerlang pada SPM 2006 dengan 17 1A dan 1 2A. Beliau kini sedang menyambung pelajaran dalam jurusan perubatan (Medicine) di University of Nottingham, United Kingdom.

Beliau bersama slip SPM yang menggemparkan satu Malaysia

Apa yang menarik tentang diri SFM?
Bagi aku, yang paling menarik tentang Siti Fatimah adalah beliau masih kekal dengan imej bertudung labuh, masih kekal dengan cara hidup sebagai seorang gadis Melayu Malaysia dan yang penting seorang Muslimah sejati. Walaupun sudah berada di perantauan orang buat jangka masa yang panjang, saudari ini masih mengamalkan cara hidup yang amat disengangi untuk dikongsi bersama.

Apakah aktiviti-aktiviti seharian beliau? 
Dengan berbekalkan hafalan 17 juzuk al-Quran, rasa hormat aku terhadap saudari ini semakin bertambah. Bukan sahaja akhlaknya yang baik, malah aktiviti seharian yang dijalankan juga menyebab hati aku sejuk bila mengetahui. Buat ibunya yang mengandungkan dia selama 9 bulan, mesti sejuk kan...? Semoga saudari istiqamah dalam melakukan apa yang sedang saudari praktikkan. 

Pesanan ikhlas dibawakan oleh iGossip.
Inilah perwatakan dan ciri-ciri yang seharusnya menjadi teladan kepada seluruh anak muda di Malaysia mahupun di serata dunia. Biarpun seluas mana ilmu di dada, agama masih menjadi perkara utama. Kepada saudari Fatimah, saya Muhamad Rizal bin Sadiman ingin mengucapkan syabas dan tahniah atas semua kejayaan yang anda telah kecapi dan bakal kecapi. Semoga Allah sentiasa limpahkan barakahNya kepada saudari. InsyaAllah.

Untuk mendapatkan tips belajar oleh saudari Siti Fatimah Mukhtar, sila klik link ini.


Hope you get it...till then, that is how

iGossip

Friday, December 16, 2011

--> iAsk: Tugas Tersembunyi CIKGU?

as-salam
We are teachers-to-be...

Masa PERTANDINGAN BOLA...cikgu jadi PENGADIL
Masa AKTIVITI KEMAHIRAN HIDUP...cikgu jadi PETANI
Masa KUTIP YURAN...cikgu jadi AKAUNTAN
Masa RMT...cikgu jadi PELAYAN
Masa BUDAK PECAH KEPALA...cikgu jadi DOKTOR
Masa CERAMAH...cikgu jadi MOTIVATOR
Masa HIAS KELAS...cikgu jadi PELUKIS SENI
Masa PERSEMBAHAN HARI GURU...cikgu jadi PENYANYI
Masa BAIKI KERUSI ROSAK...cikgu jadi TUKANG KAYU
Masa BUDAK MUNTAH DALAM KELAS...cikgu jadi TUKANG SAPU
Masa BUDAK MENCURI...cikgu jadi DETEKTIF
Masa PERKHEMAHAN...cikgu jadi MASTERCHIEF/KOMANDO
Masa HARI KANTIN...cikgu jadi PENIAGA PASAR MALAM
Masa MASUK WAKTU SOLAT...cikgu jadi TOK IMAM
Masa BUDAK BERGADUH...cikgu jadi HAKIM MAHKAMAH
Masa BUDAK SAKIT KECEMASAN...cikgu jadi PEMANDU AMBULANS
Masa PERTANDINGAN BOLA...cikgu jadi POLIS TRAFIK

Basically, this entry is to make you guys to think the roles of a teacher in school. Sometimes we do hate teachers especially the discipline teacher because he/she likes to take things seriously. However, there is something that you have to bear in mind which is how bad the teacher is, he/she teaches you so many things; or the Malays always said, "Teacher is like a candle, burns himself/herself to brighten the darkness" See how important a teacher can be? So please be nice to teachers/lecturers. Be cool ya?

Hope you get it...till then, that is how

iGossip

Tuesday, October 25, 2011

--> iPuisi: Aku dan Dia

as-salam

Kali ni aku nak kongsi satu puisi yang menyayat hati...gitu la kan...? Puisi ni menang untuk Minggu Kesenian Islam baru-baru ni di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa. Hayati dan ambil iktibar okay?

Bandingkan haiwan dan manusia...renung-renungkan dan selamat beramal



Berhembus angin malam
Sayup-sayup kedengaran bunyi cengkerik
Sebak hati perasaan ditanam
Mengenang dosa perit yang kini kian menjerit

Dosa, Dosa, Dosa
Diriku bergelumang dengan perkara-perkara hina
Mindaku tiada fokus mencari jalan sehala
Jiwaku tiada tenteram mengenang nasib di sana
Harapanku punah mengenangkan dosa yang mendewa

Titisan air mata tiada lagi henti
Hanya Dia memahami rahsia bisikan hati
Hanya Dia ketahui nasibku di kemudiaan hari
Semuanya Dia

Namun malangnya aku
Telah terlewat untukku bersujud
Sampanku, dayungku, hanyut dibawa arus
Akhlakku, akidahku, rosak sekaligus
Masihkah Dia mendengar luahanku ini?
Masihkah Dia terima taubat untukku bersuci?

Tenanglah wahai diriku
Dia Maha Pengampun, Maha Agung
Kau makhluk ciptaanNya yang serba kekurangan
Tiada terlindung daripada calar keduniaan
Kesilapan, kerana kau seorang insan

Pohonlah, pohonlah dan pohonlah
Ucaplah dua kalimah syahadah
Tunaikanlah lima waktumu tanpa leka
Patuhlah tuntutan puasamu yang tertera
Belanjakan hartamu di jalan Pencipta
Tawaf dirimu pabila berharta
InsyaAllah, lebar jalanmu ke pintu syurga.

Hope you get it...till then, that is how

iGossip

Saturday, June 4, 2011

--> iTips #2 - Buat Hawa Andai Mahu Menerima Adam

as-salam
Carilah lelaki yang terbaik untukmu


1. Jangan dilihat pada kereta mewahnya semata-mata..lihatlah pd aktiviti malamnya..andai liar hidupnya tika malam menjelma..fikirlah sebaiknya andai mahu menerima..kerna maksiat itu lebih mudah tatkala kelam malam sudah tiba..khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah.

2. Jangan dilihat pada pakaian berjenama semata-mata..lihatlah pada bahagian kakinya..andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah dipadang bola..fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima..kerna aurat suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si isteri.

3. Jangan dilihat pada tampan paras semata-mata..lihatlah pada mulutnya tatkala berbicara..andai dia mudah menghambur carutan dan sumpah seranah..fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya..khuatir pabila bersama kelak..kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang menyeksakan.

P/s: Lelaki dan wanita hari ini tidak lagi seperti mereka yang dahulu..sebelum ini..wanita berhijab itu sesungguhnya mmg mulia zahir batinnya..tetapi hari ini..mereka yang bertudung barangkali hanya utk menyembunyikan kelemahan diri..begitulah juga sang lelaki..kadang-kala berkopiah..dari mata nampak sungguh alim..tetapi dlm hatinya..??siapa yang tahu..

Hope you get it...till then, that is how

iGossip

Thursday, June 2, 2011

--> iTips #1 - Buat Adam Andai Mahu Mencari Hawa

as-salam

You know how hard to find a good girl these days?
Semoga aku dijodohkan dengan wanita yang solehah...

1. Jangan dilihat pada purdah mahupun tudung semata-mata..kerna hawa hari ini tidak lagi seperti dulu..lihatlah pd telapak tgnnya..andai mudah telapak lembut itu hinggap pd kulit lelaki lain tanpa lapik..fikirlah semasaknya utk menyuntingnya..sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki atau wanita yang boleh kita kahwini.

2. Jangan dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata-mata..lihatlah pada sebujur bibirnya..andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya..fikirlah semasaknya andai hati masih teringin menyuntingnya..khuatir kelak dia membawa fitnah buat si suami..menabur buruk diri si suami.


3. Jangan dilihat pada cantik ayu wajahnya semata-mata..lihatlah pada sepasang indah mata miliknya..andai tidak redup menunduk pandangan..fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting dirinya..khuatir bila sudah bersuami matanya masih terus meliar memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami.

P/s: Mohonlah petunjuk dari Yg Maha Mengetahui, sesungguhnya hanya DIA yg mngetahui isi hati hamba-hamba Nya. Kejarlah Cinta Illahi, di sana engkau pasti temui Cinta Hakiki.

Hope you get it...till then, that is how
  
iGossip 

Wednesday, April 13, 2011

--> iSupport Ustaz Scan! a.k.a Kasyaf

as-salam

Apartment




























Kat tempat aku belajar ni ada seorang kasyaf. Ustaz ni baik sangat dan aku selalu borak-borak dengan dia. Aku tahu dia banyak tahu gerak-geri aku, benda-benda salah yang aku buat, dan macam-macam lagi. Aku sangat suka ustaz ni. Sebab apa? Dia baik, periang dan macam bapak aku dah bila dia bercakap.

Apa itu kasyaf?

Kasyaf dapat diartikan terbuka, yakni terbukanya tabir pemisah antara hamba denga Tuhan. Kasyaf juga berarti Allah membukakan bagi seseorang untuk dapat melihat apa yang tidak bisa dilihat oleh orang lain. Nak tahu lebih lanjut? 


Ada orang tak suka dia. Kenapa?

Aku tak tahu kenapa sesetengah ada orang yang tak suka dengan cara dia menegur. Bagi aku, cara dia tegur pelajar-pelajar adalah sangat baik dan sopan. Dia tak pernah nak mengaibkan siapa-siapa sebab sesekali dia tegur seseorang, dia selalunya panggil orang tersebut secara personal, bukan publicly. Aku pernah dengar seorang hamba Allah ni cakap macam ni,

"Orang tua tu tak boleh doh guna kelebihan dia sesuka hati. Siapa dia? Hidup kita, kita punya pasal la. Pehal pulak dia nak kecah-kecah" (Anonymous, 2010)

Aku kesian dengan orang yang macam ni. Dia tak sedar ke yang ustaz yang lebih mesra dengan panggilan Ustaz Scan tu cuba nak tolong dia untuk elakkan dia tersasar lebih jauh lagi? Tambah dia lagi, ustaz ni macam nak malukan dia. Kenapa pulak kan? Ustaz tu panggil dia secara personal dan orang lain tak tahu pun, dia yang cerita kat kitorang. Aku pun nasihat la dia sekadar yang mampu. Tapi apa yang dapat? Non hado! Kena cerca la aku.

Pandangan aku...

Ustaz memang baik. Ustaz tegur pelajar-pelajar dia tak sembahyang ke apa ke sebab dia sayang kan? Bukan nak mengaibkan atau apa-apa. Cuba bayangkan ustaz berdiam ja, ustaz juga yang akan dapat dosa sebab tidak menegur sesama muslim. Tetapi, lepas ustaz tegur makhluk yang sorang tu, melenting pulak dia kan? Adoyai...masyaAllah. Inilah manusia akhir zaman.

P/s: Aku rasa bertuah Allah kenalkan aku dengan Ustaz Scan ni. At least there is someone looking after me other than Allah S.W.T

Who is he? That's the secret I'll never tell.

Hope you get it...till then, that is how

iGossip

Sunday, April 10, 2011

--> iAmalan Part 2: Bersukan Untuk Pandai

as-salam


Mampu sangat statement kat atas kan? haha...But it's true, your brain will definitely work effectively when you do sports. I believe you've heard this, "Otak yang cerdas datang daripada badan yang cergas". 

Aku buat sukan apa?

Okay, basically I do all sports excluding football and rugby. Why? Because they will have me to run. Oh no! I'm so not into it. lol. I play volleyball, badminton, ping pong and tennis. Wow! Now you know. lol. Oh ya, try do something that you are capable of. Do not under estimate heavy sport like badminton if you are not used to it. Try to begin with slow practice but continuously. Sikit-sikit lama-lama jadi terbaik. haha.

Itu saja buat kali ini, sekian.

Hope you get it...till then, that is how

iGossip

Friday, April 8, 2011

--> iAmalan Part 1: Membaca Al-Quran

as-salam

Lepas subuh, apa yang korang selalu buat? Tidur balik? Minum nescafe? Makan roti bakar dengan mentega kacang? Wah wah wah...sedapnya korang berfoya-foya eh? lol. Jom aku nak kongsi dengan korang pengalaman aku yang setiap hari berlaku. Jap, itu pun orang panggil pengalaman ke? lol. Wait and see.



My friend, Leong Qing Yi - A multi-talented student who is excellent in her studies, able to draw beautifully, has a great alto voice, kind and caring (is it? lol) and friendly as well. 

Bangun pagi, elok lah kalau lepas solat subuh tu korang amalkan membaca al-Quran. Lagipun, bukan boleh solat rawatib kan? Daripada sambung tidur, lebih baik baca al-Quran. Dapat pahala...ada harapan masuk syurga, InsyaAllah. Ianya bagus sebagai permulaan untuk hari korang - SERIUS!

Pengalaman aku

Aku selalu nervous kalau ada exam, presentation dan sebagainya. Satu hari tu, aku baca al-Quran, dan Alhamdulillah, hari aku berjalan dengan lancar. Bukan saja exam dan presentation, tapi hampir semua benda. Aku ceria sepanjang hari sampai waktu tidur - SERIUS! Aku breakfast, pensyarah belanja, lepas tu kawan aku bayar hutang yang aku sendiri dah lupa and then aku main badminton, tenis dan volleyball, menang je memanjang. Tak ke sempurna? 

P/s: Korang dah banyak amal kat dunia? Kalau belum, mulakan sekarang!
P/s: Aku terus amalkan sampai sekarang membaca al-Quran selepas solat subuh.
P/s: Kalau ada masa terluang, ringan-ringankan lah tangan dan kaki serta mulut untuk solat sunat Dhuha dan baca al-Mathurat. 

Hope you get it...till then, that is how

iGossip