as-salam
Suka duka silih berganti. Dalam ceria kena bermuhasabah diri. Sempurnakan ibadah lima waktu yang wajib dipenuhi, kerana ianya dituntut sebagai bekalan selepas mati. Bangunkan malam bersolat hajat memohon berkat. Jangan lupa gomelkan mulut berzikir bermunajat.
Perlu disusun rapi segala peribadi
Perlu bertindak sebelum nafsu memakan diri
Diri yang kerdil
Namun pernahkah aku mengalah tanpa berjuang
Namun pernahkah aku menangis dengan sebab yang jarang
Bermuhasabah diri
Tunduk sujud kepada yang Esa
Satu pertiga malam memohon doa
Moga yang terbaik menjelma akhirnya
Mencari keinsafan
Terkenang dosa lalu yang memamah sejarah sehingga kini
Menjengah masa lampau berdosa terketar lutut dan kaki
Akankah menghuni neraka yang panas membuak berapi?
Ya Allah
Berikan aku kekuatan
Mantapkanlah iman
Jauhilah aku daripada kemungkaran
Ya Rahim
Begitu juga aku memohon untuk sahabat-sahabatku
Kurniakan mereka hidayah dan inayahmu
Sesungguhnya kami insan yang hina tidak berilmu
Islam itu indah dan mudah tetapi bukan untuk dipermudahkan. Jika kita mahu sesuatu sebagai sokongan, bersujudlah dan memohonlah kepadaNya, dengan perasaan yang ikhlas, insyaAllah pertolongan akan dikurniakan.
Hope you get it...till then, that is how
iGossip
6 Gossips/Comments:
aamiin, aamiin, aamiin, ya rabbal'aalamiin.
Madre Amor:
thanks ummi. InsyaAllah..amin
amin. nsyallah :)
aisyah atiyah:
Thanks aisyah...
aminnn~~
FH:
Thanks...ko mmg supportive
Post a Comment