Showing posts with label Puisi. Show all posts
Showing posts with label Puisi. Show all posts

Tuesday, October 25, 2011

--> iPuisi: Aku dan Dia

as-salam

Kali ni aku nak kongsi satu puisi yang menyayat hati...gitu la kan...? Puisi ni menang untuk Minggu Kesenian Islam baru-baru ni di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa. Hayati dan ambil iktibar okay?

Bandingkan haiwan dan manusia...renung-renungkan dan selamat beramal



Berhembus angin malam
Sayup-sayup kedengaran bunyi cengkerik
Sebak hati perasaan ditanam
Mengenang dosa perit yang kini kian menjerit

Dosa, Dosa, Dosa
Diriku bergelumang dengan perkara-perkara hina
Mindaku tiada fokus mencari jalan sehala
Jiwaku tiada tenteram mengenang nasib di sana
Harapanku punah mengenangkan dosa yang mendewa

Titisan air mata tiada lagi henti
Hanya Dia memahami rahsia bisikan hati
Hanya Dia ketahui nasibku di kemudiaan hari
Semuanya Dia

Namun malangnya aku
Telah terlewat untukku bersujud
Sampanku, dayungku, hanyut dibawa arus
Akhlakku, akidahku, rosak sekaligus
Masihkah Dia mendengar luahanku ini?
Masihkah Dia terima taubat untukku bersuci?

Tenanglah wahai diriku
Dia Maha Pengampun, Maha Agung
Kau makhluk ciptaanNya yang serba kekurangan
Tiada terlindung daripada calar keduniaan
Kesilapan, kerana kau seorang insan

Pohonlah, pohonlah dan pohonlah
Ucaplah dua kalimah syahadah
Tunaikanlah lima waktumu tanpa leka
Patuhlah tuntutan puasamu yang tertera
Belanjakan hartamu di jalan Pencipta
Tawaf dirimu pabila berharta
InsyaAllah, lebar jalanmu ke pintu syurga.

Hope you get it...till then, that is how

iGossip

Sunday, June 5, 2011

--> iPuisi: Contohilah Pokok

as-salam

When I look at the trees, myself will always been wondering about Allah. Right at the moment, I will surely see myself as a tiny human being as it drags me to the thought that I am nothing. in this world  Trees do amazing things in silent, even human cannot see them in naked eyes. As for us human? Have you even been thinking about this?

Pokok nan hijau berdiri
Berkat bantuan sang air dan sang matahari
Saling membantu atas arahan Ilahi
Tidak ingkar tidak berlari pergi

Bunganya harum semerbak
Datang sang lebah meminta-minta
Lalu dibiarkannya sang lebah itu melapah
Manisnya sang bunga rezeki Allah Taala

Pabila hampir layu
Tatkala warna berubah kekuningan
Masih kedengaran lagi bait-bait zikir yang sayu
Masih mentaati suruhan dan seruan Al-Rahman

Terus dan telus
Sang pokok tidak pernah penat akan kerjanya
Mengabdikan diri tanpa mengeluh
Sedar akan tanggungjawab sebagai seorang hamba

P/s: People are easy to forget things around them, they tend to chase after the things that are uncertain. Keep on chasing and you'll regret eventually.

Hope you get it...till then, that is how

iGossip

Monday, April 11, 2011

---> iPuisi: Hidup Manusia Memang Penuh Dengan Dugaan

as-salam

Ramai orang mengeluh kerana ujian yang ditempuh. Jadi, korang baca la puisi ini, mungkin sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban yang korang tangggung selama ini. 


Hidup kadang kala mudah macam makan ais kacang
Sejuk menikam sakit gigi sakit rahang

Hidup kadang kala sudah macam menarik balak
Berat dan memenatkan tetapi hasilnya galak

Ada orang gagal dalam ujian
Ada orang gagal dalam peperiksaan
Namun apa yang mampu dilakukan
Sudah itu kehendak Tuhan

Mohonlah kepadaNya dan jangan diam membisu
Aku sekadar berkata, nasihatkan ini kepadaku pabila perlu
Kita manusia lemah umpama semut merah
Namun kita punya akal melayari jalan dan laut merah

Hope you get it...till then, that is how

iGossip

Thursday, March 24, 2011

--> iPuisi: Hanya Sekali Pandang

as-salam

Apa yang korang faham tentang pandangan pertama yang sering kali kita semua dengar? Bagus tak pandangan pertama? Apa yang tak bagus tentang pandangan pertama?

Location: Universiti Malaya

Hanya sekali
Tahu semua bukan secebis
Pandangan mata kikis mengikis
Tiada beza yang zahir dan yang batin

Cuma sekali
Kata manis hempedu disulam
Mengharap lebih mengharap medalam
Terjerat mata hati menyesal terus kelam

Bukan menyindir
Lidah bercili mulut berapi
Tangan celaka katanya nak mati
Mengharap pandangan baik berhati murni

P/s: Faham? Pendapat...?

Hope you get it...till then, that is how

iGossip

Saturday, March 19, 2011

---> Puisi: Lelaki Tidak Sempurna, Wanita Sama Sahaja

as-salam

Puisi kali ini berbaur perkahwinan. Yes, I don't have any experience in this area but still I have my own point of view. I don't talk without any base but still your opinion can be differed than mine. I just love poetry to describe my surrounding. I hope you understand. 

Location: Bangsar Sport Centre

Lelaki
Katanya ego, katanya macho
Menitiskan air mata taktala bersedih
Tak dapat menahan dugaan panas hujan menitis

Wanita
Katanya suci budi dan pekerti
Dunia sekeliling mengajar aku erti sesuatu
Ada bohsia tidak berdara

Lelaki
Tidak semuanya serakah menggila melulu
Berkahwin kerana mampu bukan nafsu
Dipandang serong menutup malu

Wanita
Ada yang mengerti ada membuta tuli
Enggan berkongsi mahu kasih seorang diri
Dikasihani sejagat mendabik hingga kiamat

P/s: Maaf jikalau ada wanita berkahwin yang rasa pandangan saya tidak betul. Leave your responses if they're necessary. 

Hope you get it...till then, that is how

iGossip

Wednesday, March 16, 2011

--> Puisi: Pilihlah Yang Terbaik

as-salam

Yes...Sometime in life we need to make a choice; choice that may even has the full control on us. Will we die? Will we live? I've gone through the same situation. What was it? That's the secret I'll never tell.

Pilihan
Memberi kata dua yang kadang kalanya datang bertiga
Buntu, kusut, tiada panduan menuju jalan buta
Tiap kali fikir ke tali gantung sendiri namun terhenti tika seruan azan bergema
Kembali bersujud kepada yang Esa

Pilihan
Jalan jadi bodoh tergesa-gesa memburu
Impian yang pasti belum tentu berbunga di laluan hulu
Boleh jadi enak, boleh jadi celaka mahupun sengsara
Mohonlah petunjuk tundukkanlah tulang sikma
Moga-moga rahmatNya turun mendongak kita ke sana

Pilihan
Jangan tersilap langkah
Jangan mudah berputus asa
Jangan melulu membabi buta

Pilihan
Kata orang banyak dugaannya
Melibatkan mati, melibatkan nyawa, tujuan tidak sempurna
Ke mana hala tuju yang sebenar?
Di mana destinasi gemilang tidak bersinar?
Renung-renungkan wahai sahabat

Oh ya! Please listen to Maher Zain, InsyaAllah...The lyrics is so meaningful yet powerful. I am 100% sure that you'll get the message that would be useful for your own thoughts. Remember, do not perform something stupid which could risk your future and your life.


P/s: Use your head, follow your heart
P/s: The Road Not Taken by Robert Frost...Do you know this poem?

This is super something!

Hope you get it...till then, that is how

iGossip

Friday, March 11, 2011

--> Puisi: Tanpa Aku Sedar...Mati

as-salam

Pejam celik pejam celik, umur kita semakin meningkat. Dalam diam dah masuk puluhan tahun. Aku takut memirkirkan masa depan yang belum pasti. Tambahan lagi, mati.

Dua puluh tahun
Umurku bakal menjelang angka puluh
Berpenat, bersuka dan mengeluh
Sekarang sudah hampir dua puluh

Bermain
Zaman kanak-kanak yang riang lagi gembira
Tidak mengenal erti tugasan, tidak mengenal erti derita
Bergelak ketawa tak ingat dunia
Itulah ketika diriku masih kanak-kanak mentah

Bersekolah
Indahnya pabila keputusan peperiksaan keluar
Air mata melimpah keluar dari kelopak mata
Resah gelisah menunggu keputusan perasaan bercampur baur
Terkedu pabila usahaku tidak berhasil seperti diharapnya ibu bapa
Aku redha, mungkin bukan rezeki aku lagi

Oh bulan
Oh matahari
Datang dan pergimu tidak pernahku endah
Kau berdua peneman setia, namun tidak pernahku kisah
Kini aku pasrah, aku bukan lagi kanak-kanak hingusan babah

Mati
Perkara terdekat bakalku temui
Cukupkah amalku? Cukupkah pahalaku?
Banyakkah khilafku? Banyakkah dosaku?
Hanya Yang Satu tahu, aku hanya manusia hina tanpa senjata
Yang akan kebal sehingga tamatnya masa

What say you?




Hope you get it...till then, that is how

iGossip

Sunday, March 6, 2011

--> Puisi: Cacat Penglihatan

as-salam

Bukan semua manusia yang kurang daya penglihatan itu buta. Kadang kala yang celik mata juga buta. Eh, macam pelik ja bunyinya? Dunia sekarang memang pelik. Manusia ada mata hanya mampu melihat perbuatan maksiat, tak ingat kehidupan akhirat. Mereka dibutakan dengan kemewahan dunia yang hanya sementara. 

Cacat mata
Tak mampu melihat
Biar saja berlalu perbuatan jahat

Cacat mata
Tak mampu membendung
Terlalu terbuka sampai mengandung

Cacat mata
Tak mampu berjaya
Bukan kerana tiada mata

Oh manusia
Ada mata buta hati
Sendiri buat menangis tak terhenti

Oh manusia
Bukan mata buka hati
Jangan selesa nanti sendiri

Puisi ini
Bukan untuk mengkeji
Kita sama yang beza hati

P/s: Renung-renungkan dan selamat beramal. 
P/s: Jangan ingat orang buta itu tidak punya hati kerana kadang kala hati mereka lebih celik daripada yang sempurna kejadiannya. 

Lihat dengan mata hati

Hope you get it...till then, that is how

iGossip

Saturday, March 5, 2011

--> iPuisi: Muhasabah Diri

as-salam

Suka duka silih berganti. Dalam ceria kena bermuhasabah diri. Sempurnakan ibadah lima waktu yang wajib dipenuhi, kerana ianya dituntut sebagai bekalan selepas mati. Bangunkan malam bersolat hajat memohon berkat. Jangan lupa gomelkan mulut berzikir bermunajat. 

Diri yang hina
Perlu disusun rapi segala peribadi
Perlu bertindak sebelum nafsu memakan diri

Diri yang kerdil
Namun pernahkah aku mengalah tanpa berjuang
Namun pernahkah aku menangis dengan sebab yang jarang

Bermuhasabah diri
Tunduk sujud kepada yang Esa
Satu pertiga malam memohon doa
Moga yang terbaik menjelma akhirnya

Mencari keinsafan
Terkenang dosa lalu yang memamah sejarah sehingga kini
Menjengah masa lampau berdosa terketar lutut dan kaki
Akankah menghuni neraka yang panas membuak berapi?

Ya Allah
Berikan aku kekuatan
Mantapkanlah iman
Jauhilah aku daripada kemungkaran

Ya Rahim
Begitu juga aku memohon untuk sahabat-sahabatku
Kurniakan mereka hidayah dan inayahmu
Sesungguhnya kami insan yang hina tidak berilmu

Islam itu indah dan mudah tetapi bukan untuk dipermudahkan. Jika kita mahu sesuatu sebagai sokongan, bersujudlah dan memohonlah kepadaNya, dengan perasaan yang ikhlas, insyaAllah pertolongan akan dikurniakan. 

Hope you get it...till then, that is how

iGossip

Monday, February 28, 2011

--> Puisi: Rindu Kamu

as-salam

Aku rindu akan seseorang yang amat istimewa. Aku yakin korang pun merinduinya juga. Walaupun kami tidak pernah menatap mata, namun kisah hidupnya cukup untuk membuat iman membara. Aku rindu...

Rindu
Memang aku rindu
Walau tidak sekalipun bertemu
Namun aku rindu

Rindu
Bertuah mereka yang dahulu
Dapat mereka ketemu denganmu
Namun aku rindu

Rindu
Pernahku terfikir akan wajah sucimu
Terhalang pandanganku kerana mustahil ku tahu
Namun aku rindu

Rindu
Aku rindu padamu
Ya Rasulullah
Tetap aku rindu

Rindu
Semoga dapatku bersama denganmu
Di dunia kekal di sana
Semoga kita bahagia

P/s: Baru lepas menghadiri perhimpunan sempena Maulidul Rasul peringkat IPG Kampus Bahasa Antarabangsa, Kuala Lumpur. Sambutan sangat meriah dengan bubur percuma. lol. Alhamdulillah, ramai yang hadir memeriahkannya. 

Muhammad S.A.W

Hope you get it...till then, that is how

iGossip

Sunday, February 27, 2011

--> Puisi: I Am A Nerd

 as-salam

Aku belek-belek koleksi puisi aku dan aku terbaca puisi yang satu ini. Macam comel sangat. lol. Bukan apa, bila terkenangkan balik zaman sekolah, aku teringat kawan-kawan aku yang terlalu berusaha dalak pelajaran. Aku tak salahkan diorang semua, tetapi as a student, you have to study hard and at the same time be smart on  it. (I bet you've heard this before). Study bagai nak rak, masa untuk riadah tak ada, otak nak berkembang? hell no!

Mommy and daddy
My name is Tobby
I love you so much
We will forever be in touch

I go to school ya!
Carry my lunchbox as usual
I met my teacher Tannya!
We turn to the new syllabus

I’m on my way back home
I walk along the walking path alone
My mother holds my hand carefully
Because I’m afraid of the bully

I score straight A’s in exam
As usual, that’s who I am
I wear big bold frame sunglass
Everytime I go to the class
I’m totally live in a fabulous life

Oh ya! I’m wearing a tidy white cloth
Always argue the wrong facts I heard
I am a nerd

P/s: Korang nerd? Don't worry, you're not alone. 

Just for laugh

Hope you get it...till then, that is how

iGossip

Saturday, February 26, 2011

--> Because I'm Stupid

as-salam

Pondering


Because I'm so stupid and such a fool
My eyes don't see nobody but you
Even though I know you love someone else
You could never know the pain that I felt

You probably never think of me at all
And I know we have no memories
But the one who really wants you is me
In the end only my tears will fall

I stay, you walk away
I stand back, watching you day by day
You can't see that I'm so in love with you
Like the wind you just fly right through

There are days when I just miss you so much
There are days when I just long for your touch
"I love you" somehow flies right off my lips and so

There are days when I see nothing but rain
There are days when I just feel so much pain
"I miss you" somehow flies right off my lips and so

Once again I'm left crying for you
Once again I'm left here missing for you
Baby I love you I'm waiting for you

You'll probably never have a dream of me
And I know I'm in love all alone
That's why we don't really have memories
In the end, I'll make them all on my own

Love's like a river of tears
That will flow whenever you're not here
Even though your heart will never be mine
It's enough just seeing you smile

Bye, bye, never say goodbye
Even though it's not me by your side
I need you, I just can't say it but I want you
I cannot stop wishing for you


Hope you get it...till then, that is how

iGossip

Friday, February 25, 2011

--> Puisi: Maafkan Aku

as-salam

Pernah tak korang kecewakan orang yang ambil berat tentang korang. Aku pernah. Bila kita dalam sedih, dia ada jalan untuk gembirakan aku, tapi bila dia sedih, aku buntu nak kembalikan kecerian dia. Jahat ke aku? Aku bukan seorang yang baik? Mungkin.

Maafkan aku
Aku tidak memahami
Kerana aku cacat kendiri

Maafkan aku
Kadang kala aku terlebih bersenda
Tanpa mengira keadaan kau sama

Maafkan aku
Aku tidak sempurna
Akal tidak seberapa

Maafkan aku
Tidak mampu membuat kau ketawa
Tidak mampu berfikir sejenak

Maafkan aku
Tolong maafkan aku
Puisi ini aku merayu

Maafkan aku
Atas kelemahan diri
Tanpa sensitiviti, tidak mengerti

Maafkan aku
Ketika aku sedih, kau sedar, kau mengeluh
Taktala kau hiba, aku hanya mampu berpeluk tubuh

Aku rasa aku jahat sangat. Bukan jahat dari segi perbuatan tetapi jahat dari segi persahabatan. Kepada individu yang terlibat, aku mohon maaf kerana tak dapat membantu. Aku bodoh. Tidak tahu mengenang jasa.

Maafkan aku

Hope you get it...till then, that is how

iGossip

Tuesday, February 22, 2011

--> Puisi: Bisakah? Bolehkah?

as-salam

We hate people around us! We tend to get angry with their mishaps! But...

Bisakah aku hidup
Tanpa kamu di sisi
Bisakah aku mati
Meninggalkanmu di tepi

Bolehkan aku berjaya
Tanpa kamu insan istimewa
Akankah aku gagal
Dengan kail panjang sejengkal

Mungkinkah aku berkawan
Tanpa kamu di bahuku teman
Mungkin tidak aku bernafas
Kerana kau punya kerja keras

Aku insan yang sederhana
Tidak mengenal erti cinta
Kerana aku seorang papa
Yang miskin rupa dan harta

Aku hidup sebatang padi
Benamkan diri di dalam lumpur
Dan aku punya harga diri
Yang tidak akan mati di medan tempur

We will appreciate them when they're gone. Renung-renungkan dan selamat beramal.

Hope you get it..till then, that is how

iGossip

Sunday, February 20, 2011

--> iPuisi: Orang Tua

as-salam

Korang masih ada ibu bapa? Aku pun ada. Pesanan aku, hargai mereka. Terima kasih.

Membebel, mebebel
Itu kerja kau setiap masa
Tetapi itu suratan takdir
Siapa aku untuk berkata

Berpeluh, berpeluh
Kau memang tabah
Kau bekerja tanpa mengeluh
Tidak rebah, tak pernah mengalah

Bekerja, bekerja
Itu sahaja yang kau tahu
Penat lelah tidak kau endah
Memastikan aku dapat menyusu

Goreng, goreng
Kau memang pakar
Sekali melenting
Pinggan mangkuk terbang keluar

Indah, indah
Hidupku semakin ceria
Kaulah segalanya aku bermula
Kemudi bahtera lautan bahagia

Kaya, kaya
Aku sudah bekerja
Kau goyang kaki di rumah
Duit masuk akhir bulan tiba

Terima kasih, terima kasih
Aku tidak dapat menahan
Kau menghadap-nya aku sedih
Semoga dibalas semua yang kau bekalkan

Why I wrote this poem? Because I've read so many news regarding old parents who've been dumped by their children. What a pity. People, you could never tell the hard time they went true just to feed you and keep you surviving.

Hope you get it...till then, that is how

iGossip

Saturday, February 19, 2011

--> Puisi: The Hater

as-salam

Haters, Haters, and Haters. This poem is exactly dedicated to you! Even Taylor Swifts rhyme your kind in her song, Mean. I have no idea why there are people who cannot accept the fact that 'WE CAN'T BE PERFCT'. Grow up! Make up your mind. 

He has 1001 words
To kill people with just one single blow
But bare in mind I won’t stand still
By watching those creeps

I don’t kneel
Because of my pride and dignity
You are not comparable with me
Because I have Louis Vuitton to sling
And so you sit

I understand your pressure
Your mom must be worried though
Because her little prince went out to hunt
But no one seems to care enough and done

He claimed I won’t succeed
Just because he failed the exams during primary
Now he’s a pathetic addict
Looking for drugs and liquor
He is dying of hunger and still a liar

That’s how the story ends
He’s dead but the body is nowhere to be found
Is his spirit lingering on me?
I don’t believe



This is what Miss Swift has to say:
Someday I'll be living in the big ole city
And all you're ever gonna be is mean
Someday I'll be big enough so you can't hit me
And all you're ever gonna be is mean



Hope you get it...till then, that is how

iGossip

Wednesday, February 16, 2011

--> Puisi: The Best Unofficial Sister

as-salam

Its hard for me to love an older girl! lol But yeah she's my sister. I can't describe how amazing she is.

I love the way you speak
I adore the moment you lead
I envy your spirit and I need

Thank you for making me awake
Thank you for every saying you said

I am thankful Allah allowed me to take
I am thankful He sent you for my days ahead

I am thankful you were there
When I was drown nowhere

You are like a sprite
But you out-did the light

The way you care is unbelievable
Its a mission which is impossible

I wish we were born from the same womb
But it's OK because our love blooms
And again I am really thankful
For God has sent me a great gift: YOU

Thank you sis. I still can live without you (lol) but my life won't be perfect as it is now. Thanks again for every piece you've given me. This poem is not enough to describe your qualities. I couldn't figure out the reason for crying over this poem but you are just amazing like the daffodils.  

Thanks!

Hope you get it...till then, that is how

iGossip

--> Puisi: Terima Kasih Orang Besar

as-salam

The political issues make me go insane. "Different people with different perspectives" yeahh! Right but some are just being bias. I read the government voters' paper and they are great in creating stories. I went for the opposition's side, they come up with different tale. People will never be satisfied. Here is a poem which resembles both parties' minds. 

Terima kasih orang besar
Gajikan kami
Agar kami tidak lapar

Terima kasih orang besar
Bina bangunan tinggi
Namun ada yang tiada bernasi

Terima kasih orang besar
Bina jalan raya
Agar kami ke sini ke sana

Terima kasih orang besar
Derma harta ke luar negara
Namun yang di sini masih sengsara

Terima kasih orang besar
Buat hubungan diplomatik
Agar kami hidup berstrategi

Terima kasih orang besar
Sokong penjajah
Namun kami hidup meludah

Is it nice? Is it true? Well...I wrote this from my own point of view. Doesn't that everyone has different perspective? lol

Just for laugh! Gelak la weyhh...

Hope you get it...till then, that is how

iGossip

Saturday, February 12, 2011

--> Puisi: The Daffodils

as-salam

This is not Daisy.

OMG!

Oh ya! By any chance, do you recognize this flower? Its Daffodils. 

And what's so great abut it? Pffft! lol. I am actually working on my literature assignment with my partner and I have this to analyse. Wish me luck ya? The poem is I Wandered Lonely As A Cloud by William Wordsworth and I gotta tell you that it's a brilliant master piece. 

This poem talks about the happiness and jovial feelings that the persona had when he/she was watching over a giant host of daffodils. Instead of describing the flower as yellow, the persona illustrates it to be golden in colour and the host looks like Milky Way with sparkling and twinkling look. 

If you are too lazy or your internet connection is just too slow to log on into the linked website above, I am proudly feature you with the poem below. Credits to Sir Rizal ya? lol

I Wandered Lonely As A Cloud



I wandered lonely as a cloud

That floats on high o'er vales and hills,

When all at once I saw a crowd,

A host, of golden daffodils;

Beside the lake, beneath the trees,

Fluttering and dancing in the breeze.



Continuous as the stars that shine

And twinkle on the milky way,

They stretched in never-ending line

Along the margin of a bay:

Ten thousand saw I at a glance,

Tossing their heads in sprightly dance.




The waves beside them danced; but they

Out-did the sparkling waves in glee:

A poet could not but be gay,

In such a jocund company:

I gazed---and gazed---but little thought

What wealth the show to me had brought:




For oft, when on my couch I lie

In vacant or in pensive mood,

They flash upon that inward eye

Which is the bliss of solitude;

And then my heart with pleasure fills,

And dances with the daffodils. 


William Wordsworth

Wish me luck for my presentation people! Thats why I love you! Sarangahe!

Hope you get it...till then, that is how

iGossip