Wednesday, March 16, 2011

---> Segmen: Kawan Imaginasi, Saya Sudah Besar!

salam semuanya - Republished entry

Dulu awak kecil je, saiz awak sangat kecil berbanding kawan-kawan awak yang lain. Awak comel dan sampai sekarang pun masih comel. Saya ingat lagi, dulu awak suka tengok kartun...kan? Macam-macam perangai awak kan? Kadang-kadang saya sendiri tak faham. Awak suka merajuk (macam perempuan), suka menangis (pun macam perempuan), suka ketawa dan saya pun suka tengok awak gembira.

Pada suatu hari...

Awak cakap kat saya yang saya dah besar. Saya tak boleh bergantung dengan awak lagi. Betul juga kan? Sampai bila saya nak bergantung dengan awak? Sampai mati? hurmmm...Awak buang saya tanpa kerelaan saya. Saya cuba datang untuk teman awak, waktu tu awak bergaduh dengan kakak awak, tapi awak langsung tak pedulikan saya. Remuk hati ni tau.

Saya sangat sedih. Saya risau. Saya sakit hati. Saya kecewa dengan sikap awak. Awak jahat!...Tak nak kawan dah...! Tapi saya rindukan awak! Rindu sangat-sangat. Namun saya sedar, awak betul dan saya terima. Tapi...saya tetap rindukan awak.

Kata-kata dari awak...

"Rizal, saya hanya hidup dalam imaginasi awak sahaja, tanpa awak, saya mati. Sekarang saya dah tak ada kat sisi awak untuk bagi nasihat. tengokkan awak, pujuk awak, teman awak tidur sebab saya hanya wujud dalam imaginasi awak sahaja. Tapi kita pernah menjadi sahabat baik kan? Itu perkara yang saya takkan lupa dan kita akan sentiasa menjadi sahabat karib. Okay? Janji!"

"Sekarang awak dah besar, fikiran pun dah matang. Saya pun dah besar sedikit. hehe. Awak dah tinggal kat kawasan orang, jadi pandai-pandailah jaga diri okay?. Saya akan sentiasa sayangkan awak sampai bila-bila dan saya harap awak masih saya. Siapa saya? Wajah saya, jangan lupa tau! Kenang daku dalam fikiranmu okay? hehe..."

P/s: Korang ada kawan imaginasi? Buat satu entry dan tinggalkan link kat komen box ni okay?

Saya akan sentiasa ingat kat awak kawan!


Hope you get it...till then, that is how

iGossip

16 Gossips/Comments:

apezs shah Best Blogger Tips said...

salam

wah wahhh ni suspend.
siapalaa org imaginasi tu yea.. hehe.

y-A-n-A Best Blogger Tips said...

sedih nya.. kawan imaginasi? yana xingat pe pun.. :((

.:rizaL:. Best Blogger Tips said...

apezs shah:
ade la..mane leh gitau..hehe...jom la join apesz

.:rizaL:. Best Blogger Tips said...

y-A-n-A:
huhu...xde la tu haha

Finaz Jaafar Best Blogger Tips said...

ooopppsss..takde pn kawan imaginasi..

.:rizaL:. Best Blogger Tips said...

Finaz Jaafar:
alahh yeke

mr vampire Best Blogger Tips said...

erk? kawan imaginasi macam hantu...tapi kenapa entry ni cm sedih je.huuu..

.:rizaL:. Best Blogger Tips said...

mr vampire:
Sape kate mcm hantu? sedih la kwn dah lari

FH Best Blogger Tips said...

woohh . ape name kawan imaginasi ? hee :)

gadisBunga Best Blogger Tips said...

eh, tak sangka kamu pun ada kawan imaginasi!!

saya ada jugak. namanya fox mulder. kenal tak sapa? huhuhu~

Sarah Saa'din Best Blogger Tips said...

knpe awk bg link ni dkat sy ? motif ? hehe.

.:rizaL:. Best Blogger Tips said...

FH:
hehe..nama dia..jeng2 rahsia la..huhu

.:rizaL:. Best Blogger Tips said...

gadisBunga:
owhh tahu2..x-files tu kan? agen fox..kls sgt

.:rizaL:. Best Blogger Tips said...

Sarah Saa'din:
nak knl2 blogger la

asphaq Best Blogger Tips said...

Saya pun ada jugak!!

Rihanna. HAHAHAHAH!

.:rizaL:. Best Blogger Tips said...

asphaq:
haha...tak nak kalah ha?