Monday, March 21, 2011

--> Dengki dan Politik dan Surat Khabar

as-salam

Teddy bear kawan. Kejap, politik macam ni ke?

Pantang sahaja orang lain lebih, ada sahaja yang cuba menjatuhkan. Situasi ini semakin meruncing dan kalau tidak dibendung mungkin akan memudaratkan kita sendiri pada masa hadapan. Tengok sahaja negara-negara Islam kini, masyaAllah, aku tak dapat nak gambarkan dan korang semua sendiri tahu keadaan yang aku maksudkan. 

Di Malaysia

Yang Islam cuba jatuhkan yang Islam dan terangnya situasi ini melibatkan orang Melayu. Kenapa? Sebab harta kekayaan yang sementara? Sebab maruah? Sebab terpaksa? Fikir-fikirkan. Politik, jangan cakap la. Aku yakin korang pun faham dan boleh agak apa yang aku cuba sampaikan. Aku bukan nak menyinggung mana-mana penyokong parti politik tetapi sekadar ingin bersuara.

Surat khabar

Utusan Malaysia dan Harakah, dua-dua aku baca. Namun aku nak zahirkan kekecewaan aku terhadap salah satu daripada surat khabar. Baru-baru ni aku terbaca artikel dari surat khabar tersebut versi online dan ternampak gambar seorang perempuan mengangkat jari tengah. Aku terkedu tetapi aku dapat tahu daripada seorang blogger yang mana gambar asal tersebut bukanlah seperti yang disiarkan di dalam lamam web tersebut. Blogger tu ada sertakan bukti sekali.

P/s: Dalam surat khabar hari ini, ruangan sukan sahaja yang boleh dipercayai. Lainlah kalau keputusan bola sepak pun wartawan nak belitkan. lol

Hope you get it...till then, that is how

iGossip

12 Gossips/Comments:

Earell Arel Best Blogger Tips said...

paper mana? nk tau jgk...huhu....

trialtodelete Best Blogger Tips said...

Earell Arel:
Erm..Harakah

Rina Rahamat Best Blogger Tips said...

kenapala sesama islam x leh bersatu kan..sedih tgk org kita dok berpecah sbb parti politik

trialtodelete Best Blogger Tips said...

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty:
Itu la pasal kak...tak paham betul

ini cik ita Best Blogger Tips said...

tara tipu dlm sukan...hehe

No Lan Best Blogger Tips said...

tang tunjuk tangan tu..kakNo selalu risik gak lam 1laman di tenet ni dan kebanyakn dorang edit..curi gambo kita..kesian pla yg terkena tu, tak pasal2 tebal muka..

sahromnasrudin Best Blogger Tips said...

assalamualaikum...

ntahla..politik skrg nie mcm nak jahanamkan rakyat..sy sendiri takut...

trialtodelete Best Blogger Tips said...

ini cik ita:
Hehhe...klakar kan?

trialtodelete Best Blogger Tips said...

Norhafiza:
Kadang2 rasa mcm tindakan tu melampau

trialtodelete Best Blogger Tips said...

sahromnasrudin:
Agak la...takot? Sememangnya..

alin Best Blogger Tips said...

sebab tu la selalu kalo bace paper g singgah yg belakang2 dulu..hihihi..

trialtodelete Best Blogger Tips said...

✿....rossa alina....✿:
Tindakan terbaik!