Monday, February 21, 2011

--> Punca Sebenar Air Asia Terhempas

as-salam

Kuala Lumpur: Sebuah kapal terbang Milik Air Asia Sdn. Bhd baru-baru ini dikhabarkan terhempas teruk sewaktu penerbangan berjalan dengan lancarnya. Kemalangan yang mengakibatkan semua penumpang, juruterbang serta pramugari dan pramugara menerjah maut itu dipercayai tiada kena mengena dengan isu kegagalan jururterbang mengawal pernerbangan mahupun isu berkaitan rasuah. Ianya berpunca daripada serangan makhluk angkasa yang hanya mahu dikenali sebagai The Great Atom.

Setelah disiasat oleh pihak yang bertanggungjwab, terdapat beberapa faktor yang mendorong makhluk angkasa lepas itu untuk menyerang penerbangan lancar tersebut. Antaranya adalah zon penerbangan yang terlalu tinggi oleh juruterbang dan keganasan angkasa yang berpunca daripada peperangan galaksi yang kian meruncing. Salah seorang mangsa, iaitu juruterbang itu sendiri dikhabarkan tidak mengikut perancangan asal penerbangan yang dianjurkan oleh syarikat penerbangan tersebut. Mungkin beliau terlupa akan kata-kata pepatah Melayu, biar lambat asal selamat. Namun, masa tidak boleh diundur da ianya sudah terlambat untuk dikesalkan.

Orang ramai yang berada di tempat kejadiaan dikatakan masih lagi berada dalam ketakutan dan ada juga yang mengalami histeria kuat. Akibat daripada itu, Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL) telah dibanjiri oleh saudara mara mangsa trauma bagi mendapatkan kisah sebenar. 

"Kami datang ke sini demi mendapatkan buah mulut daripada sumber pertama sendiri mengenai kecelakaan tersebut" ujar Salleh bin. Yaakob iaitu bapa kepada salah seorang pejalan kaki yang berada di tempat kejadian.

Mayat-mayat yang bergelimpangan masih belum dapat dikenal pasti gerangannya akibat kehangusan yang terlampau. Pakar-pakar forensik diberitakan menghadapi kesukaran bagi mengenal pasti identiti mangsa. Salah satu faktornya adalah desakan daripada waris mayat itu sendiri yang menginginkan pengesahan segera daripada pihak forensik Malaysia.

"Meraka sepatutnya profesional. Buat kerja senang macam ini pun lembab!" Kata salah seorang bapa mangsa pramugari. Walaubagaimanapun, tiada setitik pun air mata jatuh di pipinya ketika memberi kenyataan. 

Kerajaan Malaysia kini berhadapan masalah besar dengan kerajaan Jepun rentetan isu ini. Menteri Luar Malaysia tidak dapat memberi apa-apa komen akibat daripada kehibaan beliau mengenai kes tertera. Namun, dipercayai bahawa ianya ada bersangkutan dengan kelemahan kerajaan negara berkenaan dalam usaha membanteras makhluk angkasa daripada menyerang Bumi. Ultraman juga tidak dapat menghurai lanjut mengenai hal ini kerana iainya berlaku di luar kawalan dan jangkaan beliau.

"Saya juga ada life kot. Tak dapat la nak jaga bumi setiap hari. Anda semua tidak adil! Terlalu sengang menunding jari kepada pihak yang tidak bersalah!" kata Doresushi Suneozuka iaitu Ultraman buat ketika ini. 

Sekian, berita paparan iGossip untuk TV 42 inci. 

Sumber: igossiprizal.blogspot.com

p/s: Cerita di atas adalah rekaan imaginasi saya sahaja. Terima kasih.

Hope you get it...till then, that is how

iGossip

18 Gossips/Comments:

apezs shah Best Blogger Tips said...

ermmmm agak kelakar kat sini, cuma bagaimana terjadi la ni.. tapi terbaek kelakar benor..:)

apezs shah Best Blogger Tips said...

ermmmm agak kelakar kat sini, cuma bagaimana terjadi la ni.. tapi terbaek kelakar benor..:)

aLieF si Muncung ManiS Best Blogger Tips said...

rizal...fikirkan ni bertul2..alief rasa takut nak balik guna airasia..adoi..tgok2 last bila terkeluar nama ultramen dan bapa pejalan kaki tu..trus alief gelak dan fikir..alief dah kena dgn rizal..hahahah.nice one bro..ultroman pun mengeluh sbb selalu dipersalahkan..hahahahha..harap2 bumi kita selamat dari serangan makhluk the great atom tu..alief bersedia mnjadi ultramen utk menyelamatkan bumi..dgn kuasa bulan akan menghukum mu.hahha..oaky,,alief dah terkomen pjg..alief pantang baca crita fantasi ni.haha

trialtodelete Best Blogger Tips said...

apezs shah:
ntah la.org ramai masih trauma. so cerita sebenar blom dpt dikenal pasti ahha

trialtodelete Best Blogger Tips said...

aLieF si Muncung ManiS:
ahha..thanks alief. btw, "dengan kuasa bulan akan menghukummu" itu byi sgt suspicious. mcm girl2 je ahha..UltraMOOn kot hehe

apezs shah Best Blogger Tips said...

kalau dah ada kisah benar nti paparkan pulak yea hehe....;)

Anonymous Best Blogger Tips said...

aku ingatkan betol2 terhempas tadi...hehe

trialtodelete Best Blogger Tips said...

apezs shah:
Baik. Berita susulan mungkin lambat sikit

trialtodelete Best Blogger Tips said...

Wan Ahmad Izudean:
haha..terkena kau...

Nazrul Ashraff Best Blogger Tips said...

haha..ok, gelak kejap..haha..

trialtodelete Best Blogger Tips said...

nazrul ashraff:
haha..kejap je? hampeh tol huhu

yut Best Blogger Tips said...

tiba2 aku nak bertukar jadi atromen taro......yahhhh....

trialtodelete Best Blogger Tips said...

yut:
kanak2 sgt imagination tu haha

RIAN Best Blogger Tips said...

hahah. cam hape je. risau gak bace perenggan first. naseb baek tgerak ati bace prenggan last. i-ma-gi-na-si rupenye. h03,

A. Asyraf (asd_slade) Best Blogger Tips said...

nilah bedanya orang besar dengan org kecil..hahahah org kecil suka berimaginasi,orang besar melakukan tranformasi,,jangan mara ijal

NeNeKeBaYaN lUnDu Best Blogger Tips said...

aku ngat leh betul2... rupa2nya cubaan tuk mengenakan kita upanya... btw... terbaeklah...

trialtodelete Best Blogger Tips said...

ASyraff Ryu:
xmarh...sekadar suka shja hehe

trialtodelete Best Blogger Tips said...

NeNeKeBaYaN lUnDu:
haha..gotcha. thanks