Saturday, February 19, 2011

--> Islam: Hidup Bukan Sekali

as-salam

Islam: Konsep Yang Disalah Anggap

Apa tu? Bunyi macam serius ja. Entry kali ni aku rasa amat menarik, mengenai konsep Islam yang ramai manusia sekarang salah tafsir atau anggap. Ianya mengenai hidup dan mati.

Kata orang, "Hidup hanya sekali, jadi...buatlah apa saja yang kita nak sementara kita masih hidup"

Namun, kebenarannya ialah, "Mati adalah sekali dan hidup adalah dua kali (sementara dan kekal abadi)"

Aku dengar banyak kawan-kawan aku asyik cakap, 
"Rizal, kita hidup sekali je, kau buat la apa yang kau nak. Ini la masa nak enjoy" Tetttt! Korang semua salah. Kita hidup di Bumi yang tidak kekal ini sekali dan mati juga sekali. Tetapi, kita akan dibangkitkan lagi pada hari kiamat untuk perhitungan. Waktu itulah bermulanya "the new beginning". Syurga atau Neraka, tepuk dada, tanya selera.

Hidup di dunia ini merupakan jambatan ke kehidupan di akhirat yang kekal. Waktu ini la kita nak cari bekalan secukup-cukupnya sebelum nyawa kita dicabut dan soalan "Marobbuka" mula ditanya. 

Entry kali ini sekadar pesanan buat semua kawan-kawan dan tiada unsur-unsur sindiran. Maafla kalau ada pembaca yang terasa. So people, shift your way of thinking. 

Hidup tidak selalunya indah
Langit tidak selalunya cerah
Hadapi setiap ujian dengan tabah

Latakhauf wa Latahzan (janganlah kamu takut dan janganlah bersedih)
Innallaha Ma'ana (Sesunggunhnya Allah bersama kita)

Thanks ILUVISLAM for this lovely picture

Hope you get it...till then, that is how

iGossip

4 Gossips/Comments:

Airil Azmei(Sky EagLe) Best Blogger Tips said...

btl2...aa stuju sepenuhnye

.:rizaL:. Best Blogger Tips said...

Airil Azmei(Sky EagLe):
thanks kapten

Mimi Jazman Best Blogger Tips said...

sesungguhnya Allah tidak meninggalkan hambaNya yang tidak meninggalkan agamaNya..

.:rizaL:. Best Blogger Tips said...

@Mimi Jazman betul mimi...Allah itu maha adil & penyayang