as-salam
Aku rindu akan seseorang yang amat istimewa. Aku yakin korang pun merinduinya juga. Walaupun kami tidak pernah menatap mata, namun kisah hidupnya cukup untuk membuat iman membara. Aku rindu...
Rindu
Memang aku rindu
Walau tidak sekalipun bertemu
Namun aku rindu
Rindu
Bertuah mereka yang dahulu
Dapat mereka ketemu denganmu
Namun aku rindu
Rindu
Pernahku terfikir akan wajah sucimu
Terhalang pandanganku kerana mustahil ku tahu
Namun aku rindu
Rindu
Aku rindu padamu
Ya Rasulullah
Tetap aku rindu
Rindu
Semoga dapatku bersama denganmu
Di dunia kekal di sana
Semoga kita bahagia
P/s: Baru lepas menghadiri perhimpunan sempena Maulidul Rasul peringkat IPG Kampus Bahasa Antarabangsa, Kuala Lumpur. Sambutan sangat meriah dengan bubur percuma. lol. Alhamdulillah, ramai yang hadir memeriahkannya.
Muhammad S.A.W |
Hope you get it...till then, that is how
iGossip
0 Gossips/Comments:
Post a Comment