as-salam
Manusia lahir di atas dunia ini dibekalkan dengan fitrah. Disamping itu, manusia juga membawa nafsu dan keinginan yang selalu mewarnai corak kehidupan seseorang. Namun begitu, Allah SWT telah membimbing manusia dengan wahyu dan akal yang ada pada diri sendiri, sehingga segala godaan daripada syaitan dapat dihadapi dengan jiwa taqwa dan hati yang bersih.
Tidak semua jiwa mendapat hidayah dan bimbingan Allah, dan tidak semua jiwa mengetahui cara yang terbaik dalam mendekatkan diri dengan yang Maha Agung. Sehingga ramai yang tersesat ke lembah kebodohan dan kenistaan hidup yang berpanjangan. Sesungguhnya keteguhan jiwa itu dapat dicapai dengan aqidah yang kukuh, solat, zikir, doa, istighfar, dan ibadah-ibadah yang dianjurkan oleh Allah SWT untuk mengerjakannya.
Allah SWT berfirman, maksudnya:
"Maka bersabarlah kamu terhadap apa yang mereka katakan dan bertasbihlah sambil memuji Tuhan-Mu sebelum terbit matahari dan sebelum terbenamnya. Dan bertasbihlah kamu kepadaNya di malam hari dan setiap selesai mengerjakan solat"
P/s: Pernah tak korang terima kutukan yang amat pedas sewaktu mahu mengerjakan perintah Allah yang Maha Kuasa? Diperli? Aku pernah dan ianya amat menyakitkan. Tetapi Alhamdulillah, aku berjaya bersabar kerana apa? Kerana sabar itu separuh daripada iman.
Hope you get it...till then, that is how
iGossip
6 Gossips/Comments:
Sesungguhnya Alah bersama org2 yg sabar.. =)
npe akhir2 ni byk entri islamic jer? hehe...
try this book..'la tahzan-dont be sad'-dr.'aidh bin abdullah al-qarni..
^_____^
arouk Harun:
indeed. thanks
Earell Arel:
ada mesej yang perlu disampaikan untuk semua...hehe..
Nurul Syuhada Bt Hasri:
really? will do..thank u so much
Post a Comment