Tuesday, January 11, 2011

--> Tarikh Kiamat Jangan Dibuat Bahan

salam

Fikir sejenak

Tiba-tiba hati aku rasa terdetik nak tulis tentang hari kiamat. Specifically about the date. Aku bukan apa, semakin lama semakin ramai yang suka main-mainkan tentang perkara ni. Banyak filem-filem barat yang mengutarakan tajuk ini sebagai subjek utama tetapi sedarkan anda semua bahawa kiamat merupakan salah satu perkara ghaib yang termaktub di dalam al-Quran dan tiada manusia yang tahu bila ianya akan terjadi. 

Contoh filem-filem tersebut adalah dokumentari End Day yang dihasilkan oleh BBC dan 2012. Sesetengah daripada kita cepat betul mempercayai fakta-fakta yang dongeng semata-mata yang diketengahkan oleh filem-filem tersebut. 2012 merupakan filem yang sangat berani kerana ianya secara terus menyatakan tarikh berlakunya kiamat. Anda percaya? Aku tidak sama sekali. Filem yang diarahkan oleh Roland Emmrich itu diambil idea sepenuhnya daripada amalan kaum Maya. Anda masih mahu percaya kepada meraka?

Tarikh kiamat bukan teori ya wahai pembaca-pembaca sekalian. Dan kita mesti ingat kiamat merupakan salah satu rukun iman bagi semua umat Islam. Dalam al-Quran juga ada dinyatakan tanda-tanda besar dan kecil berlakunya kiamat. Sebagai contoh, isteri mengandung ditinggalkan, bencana alam yang besar, matahari terbit dari sebelah barat dan beberapa yang lain. 

Kaum muslimin juga dibekalkan dengan hadis Nabi Muhammad dan ianya cukup untuk melindunyi dan memandu kita semua daripada pelbagai ramalan mengenai hari kiamat. Sebelum ini pun, banyak ramalan-ramalan telah dibuat oleh para ilmuwan, saintis dan pemuja-pemuja hari kiamat. Sehingga tahun 2003, terdapat kira-kira 26 ramalan semuanya. Antaranya termasuk:

1) Ramalan seorang paderi dari USA iaitu Charles yang mendakwa bahawa kiamat akan berlaku pada September 1945. 

2) Ahli astrologi dari India pula menyatakan bahawa kiamat akan berlaku pada Februari 1962

3) Ada juga ramalan kiamat pada Julai 1960 yang melibatkan ledakan bom bawah tanah di Amerika dan ramai yag telah menghasilkan perahu ekoran ramalan tersebut. Kelakar betul kan?

Semua ramalan telah terbukti salah!

Sekali lagi aku mahu tegaskan bahawa tiada siapa yang tahu bila kiamat akan berlaku walaupun Baginda S.A.W sendiri. Hanya Allah yang maha kuasa yang tahu. 

Aku bukan nak membebel...cuma kamu perlu fikir...

Cantiknya ciptaan Allah

Hope you get it...till then, that is how

iGossip

11 Gossips/Comments:

Unknown Best Blogger Tips said...

Hurm, memang tiada siapa yang tahu kan? Let it be that way...

trialtodelete Best Blogger Tips said...

Azham: thx for responding..

sab Best Blogger Tips said...

alamak encik rizal ni mesti x cek an sab punye. sab awal2 dh join tau. haa..ni ha link sab punye tuh. :(

http://mrsgforgg.blogspot.com/2010/12/pose-slumber-laptop-contest.html

me suya Best Blogger Tips said...

setuju sgt rizal.
Sape lah hebat sgt tu kan.. nak meramal-ramal plak..isk3

trialtodelete Best Blogger Tips said...

Me Suya:
kan? diorg ingat diorang hebat? hot sgt la tu kan? ahha

NARUMI ISOZAKI Best Blogger Tips said...

mcm bgus jer dorg nk ramal2.. hampeh tol... huhu...

trialtodelete Best Blogger Tips said...

Miss Zati:
kan? ntah hape2..

qllmjd218 :D Best Blogger Tips said...

Allah lebih mengetahui! :)

trialtodelete Best Blogger Tips said...

.: lalala :.:
yes...betol sgt...

Earell Arel Best Blogger Tips said...

mmg diakui kiamat makin hampir dgn kbykn@hampir semua tanda2 kecil sudah keluar sama ada tanda yg pelik@tidak. skg tunggu tanda besar. dan apa yg kita tahu ada beberapa tanda besar yg akan muncul spt kemunculan dajal, yakjuj makjuj dll. semua tu akan mengambil masa(mungkin dlm seratus tahun). jd lbh baik kita ikut apa yg nabi ckp dan bukan org kafir yg sah2 kita tahu nk pesongkan org islam.yg penting buat jer amal sbyk yg mungkin.

p/s: xtly tiap2 hari pun ada kimat. org yg meninggal tu pun dikira kiamat juga..

trialtodelete Best Blogger Tips said...

Earell Arel:
amat setuju. thanks Earell...