salam
Sesungguhnya kegagalan bukan bermakna hidup kita bakal tamat. Sekali tersungkur, kita masih boleh bangun. Aku rasa semua orang tahu akan perkara tersebut...kan? Namun begitu, ada sesetengah daripada kita tahu akan fakta tersebut, tetapi gagal untuk mengaplikasikannya. Mereka lebih gemar berputus asa daripada mencuba untuk kali kedua.
Gagal sekali bukan mati
Aku juga pernah mengalami, sama seperti yang kau hadapi
Aku kecewa jiwaku melara, tidak sedar akan perlumbaan kedua
Aku silap dan aku sombong, berputus asa menggali lombong
Gagal sekali menjadikan aku kuat
Aku tabah, aku berdoa kepada yang mendengar dan Esa
Aku cuba kali kedua, kuatkan imanku dan tawakal akan keputusan yang bakal menjelma
Aku percaya Dia akan menolong hambaNya yang sudah menyerah segalanya
Gagal sekali bukan terduduk
Aku sedar hakikatnya, aku gagal kali pertama
Aku bakar hati dan naluri, menempuh dan mengejar tali garisan henti
Aku tidak menoleh ke kiri dan ke kanan, kerana aku tahu kejayaan dalam genggaman
Gagal sekali membawaku terbang tinggi
Aku akan cuba, akanku berdiri kaku walaupun rumput berduri
Aku yakin dan aku percaya, Dia adalah sebaik-baik perancang di dunia
Aku akan sentiasa berdoa dan berdiri, kerana gagal sekali tidak bermakna aku mati
Puisi ini sememangnya sungguh bermakna bagi aku. Ianya motivasi, peneman setia dikala aku sepi. Aku bukan seorang yang bijak seperti yang lain. Aku tidak pernah berada di tempat teratas dan selalunya aku ditindas ke barisan bawahan. Aku berharap sangat suatu hari nanti aku akan berjaya.
Just for laugh |
Hope you get it...till then, that is how
iGossip
13 Gossips/Comments:
haha..yg psl x tu da tw lme..
nazrul ashraff:
yeke? haha..thanks ya bace
nice puisi...=)
jumpa gak x..hehe
Tiada istilah gagal sebenarnya cuma "Belum Berjaya", keep it up, Ijai. omt dlm kelas xmaw le tulis2 puisi ehh..
d.e.e.n.a.YAYA:
thanks ya sbb singgah..hehe..jumpe ek? bagus!inilah rakyat malaysia yg kita mahukan
Ummi: hehe..thanks ummi..syg ummi sgt2.. alah, kalo dah bosan nak wat cne kan? terpksa la tulis puisi
ni puisi ni mmg yours ke atai copy je...hahahkalau ko punye mmg cntik la ayatnya
ASyraff Ryu:
this is my own..i dont copy people's poem...hehe...thanks ya..i loe poem damn much!
yup,bila kite gagal la kite blajar.lebey kurg same mcm kita buat kesilapan.bak kate omputih,learn from ur mistakes.eceh,cam ngengade je kan?hu3
aleen aiden:
xde la...x mengada pun..betul la ape yg awk cakap tu..thanks 4 dropping by
kegagalan tangga pertama kejayaan. :)
FH:
betul sgt...
Amboi, sedap sungguh Abang RIzal berbicara...puisi suci dari hati yang murni..syabas....
Azham Vosovic:
thanks ya..terharu sgt huhu
Post a Comment