Tuesday, October 25, 2011

--> iPuisi: Aku dan Dia

as-salam

Kali ni aku nak kongsi satu puisi yang menyayat hati...gitu la kan...? Puisi ni menang untuk Minggu Kesenian Islam baru-baru ni di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa. Hayati dan ambil iktibar okay?

Bandingkan haiwan dan manusia...renung-renungkan dan selamat beramal



Berhembus angin malam
Sayup-sayup kedengaran bunyi cengkerik
Sebak hati perasaan ditanam
Mengenang dosa perit yang kini kian menjerit

Dosa, Dosa, Dosa
Diriku bergelumang dengan perkara-perkara hina
Mindaku tiada fokus mencari jalan sehala
Jiwaku tiada tenteram mengenang nasib di sana
Harapanku punah mengenangkan dosa yang mendewa

Titisan air mata tiada lagi henti
Hanya Dia memahami rahsia bisikan hati
Hanya Dia ketahui nasibku di kemudiaan hari
Semuanya Dia

Namun malangnya aku
Telah terlewat untukku bersujud
Sampanku, dayungku, hanyut dibawa arus
Akhlakku, akidahku, rosak sekaligus
Masihkah Dia mendengar luahanku ini?
Masihkah Dia terima taubat untukku bersuci?

Tenanglah wahai diriku
Dia Maha Pengampun, Maha Agung
Kau makhluk ciptaanNya yang serba kekurangan
Tiada terlindung daripada calar keduniaan
Kesilapan, kerana kau seorang insan

Pohonlah, pohonlah dan pohonlah
Ucaplah dua kalimah syahadah
Tunaikanlah lima waktumu tanpa leka
Patuhlah tuntutan puasamu yang tertera
Belanjakan hartamu di jalan Pencipta
Tawaf dirimu pabila berharta
InsyaAllah, lebar jalanmu ke pintu syurga.

Hope you get it...till then, that is how

iGossip

7 Gossips/Comments:

apple damein Best Blogger Tips said...

essence of muslim.. thanks rizal..

trialtodelete Best Blogger Tips said...

@apple damein thanks 4 visiting. insyaAllah

gadisbunga Best Blogger Tips said...

u are getting more prominent with good messaged entri rizal. keep it up.

trialtodelete Best Blogger Tips said...

@gadisbunga thanks kak..i will keep it up, insyaAllah

Aisy Ishvan Best Blogger Tips said...

adik... puisi ni kena dgn teater kitorg arytuh...

trialtodelete Best Blogger Tips said...

@~Nana 귀여운~ Kan..?sadis agt, yg paling geram is the attitude of that particular community

trialtodelete Best Blogger Tips said...

@Aisy Ishvan yeke? haha agak la, kira awesome kan? haha..anyway, u've staged a very great play.! thumbs up