Friday, April 22, 2011

--> iStory: Hantu Di Asrama! Asrama Angker!

as-salam

@Italiannies

Asrama memang la penuh dengan hantu dan itu semua orang tahu. Aku nak berkongsi satu cerita a.k.a pengalaman bersemuka dengan jembalang-jembalang non hado ni. haha. Takut sangat rasa macam tak nak cerita pulak. haha. Rileks...aku nak cerita ni.

Situasi 1

Hari ketiga minggu orentasi di kampus. Pukul 12.30 malam. Semua pelajar balik dari dewan besar ke bilik. Aku bersembang dengan kawan baru yang baru kenal, dia tengah lipat kain. Then my mom called. I was talking to her and suddenly another friend (Ikram) came. Dia bagi salam dan aku pun jawab. Sembang sekejap je dan aku cakap aku nak sembang dengan mak aku kejap. Lepas habis sembang, aku tanya kawan aku yang lipat kain tadi, "Mana Ikram pergi?" then dia cakap, "Aku pelik ko cakap sorang-sorang tadi". Then Ikram yang sebenar masuk. Adoyai...aku cakap dengan siapa tadi? Boleh pulak dia bagi salam kan?

Situasi 2

Aku terjaga dari tidur. Dalam pukul 2.30 pagi macam tu. Tingkap bilik aku memang tak boleh kunci. Aku pulak tidur kat sebelah tingkap dan aku terus beranikan diri keluar ke tandas. Takut gila malam tu. Lepas ke tandas, aku pun masuk la dalam bilik, muka segar bugar la waktu tu. Toleh punya toleh dengan naluri yang takut, aku ternampak seekor lembaga tak berbadan dan tali perut tergantung. Punya la seram...dengan mukanya tak nampak. Seram gila malam tu. Aku terkejut tak tahu nak buat apa, aku selimutkan badan aku sepenuhnya. Pagi tu aku cerita kat kawan aku, diorang cakap itu penanggal, first time dengar nama hantu tu dan aku tergelak. Nama tak commercial langsung! haha



Hope you get it...till then, that is how

iGossip

10 Gossips/Comments:

Aiman a.k.a. Rexcore Best Blogger Tips said...

hahaha~
bese ar kalu idup kt tmpt lama~

IMANSHAH Best Blogger Tips said...

saya masa jadik warden selalu juga ada situasi pelik cam gini

trialtodelete Best Blogger Tips said...

@Aiman a.k.a. Rexcore kan? nama pun tmpt bekas zaman2 perang

trialtodelete Best Blogger Tips said...

@IMANSHAH yeke? pernah jadi warden lagi pro la ek berdepan dengan benda2 mcm ni ehhe

Kamaruddin Kairuu Best Blogger Tips said...

hohoho..the dark side of block 1..

trialtodelete Best Blogger Tips said...

@Kamaruddin Kairuu hehe...agak la kan?

Unknown Best Blogger Tips said...

Serammnya, ada penanggal dlm umah ko? heheheh
Nasib baik setakat ni benda tu x pnh kcau aku huhuh

gadisBunga™ Best Blogger Tips said...

siyes kamu nampak? yg hantu penanggal tu?

hmmmm~


ada sixth sense nampaknya ni~

trialtodelete Best Blogger Tips said...

@Azham Vosovic tak apsti la penaggal ke hape but still creepy

trialtodelete Best Blogger Tips said...

@gadisBunga diorg la ckp penanggal, rizal xthu benda2 mcm ni huhu. xde 6th sense nye