Assalamualaikum
kali ini tulisanku dalam bahasa melayu
hatiku sangat sayu
mengenangkan syaban yang telah berlalu
tok!tok!ramadhan menjenguk di pintu
orang kata
ramadhan bulan penuh keberkatan
itu tidak boleh disangkal
aku tahu
Allah akan menguji kita
dapatkah kita menahan puasa?
tanpa sebarang cacat cela
mulut yang celaka
hati yang durjana
kita akan diuji
aku turut merasai
aku senang naik darah
aku amarah
di bulan yang penuh barakah
Ya Allah!
Berilah aku kesabaran
agar dapatku tempuh
semua dugaan yang Engkau turunkan
mungkin ini satu ujian
tanda sayang Dia kepada makhluk ciptaan
aku di antara satu
menerima rahmat liku-liku
aku muslim berjaya
tidak kisah akan segala payah
tidak gentar, tidak kisah
kerana aku muslim berjaya!
Hope you get it...till then that is how
iGossip
0 Gossips/Comments:
Post a Comment