aku hidup sendirian
mak dan ayah tinggalkan aku
sejak aku masih kecil lagi
mereka bercerai
mak kata,
ayah penagih dadah, kaki judi
aku hidup sendirian
pergi sekolah sorang-sorang
ada kawan, tapi meraka semua jahat
aku selalu kena buli
kena kutuk
dan yang paling menyedihkan
bekal makanan selalu kena rampas dengan gangster sekolah
perut aku selalu lapar
bila balik rumah
aku selalu kena marah
baju seluar kotor kena tendang dengan pembuli
bila mengadu kelaparan
aku mesti kena rotan
badan aku penuh dengan parut hasil tindakan mak
aku selalu menangis
tapi siapa yang dengar?
hanya Allah sahaja yang tahu
sekarang aku dah dewasa
seorang remaja!
aku belajar di universiti
aku bukan lagi seorang yang lemah
namun
aku menjadi seorang remaja yang bermasalah
aku suka berfoya-foya
aku kaki arak
aku kaki judi
aku kaki disco
aku selalu berzina
ayah + ibu
pergi mati la korang berdua!!!
suatu hari
aku balik kampung
itu pun sebab pak cik aku suruh
katanya ibu sakit
aku malas nak mati nak tengok muka orang tua tu
nak mati pun menyusahkan orang
pergi la mati!!!
aku tak menitiskan air mata pun
sikit pun tidak!
5 tahun kemudiaan
aku dah berkahwin
isteri mantap!
anak comel-comel
aku besarkan mereka dengan kasih sayang yang amat sangat
tapi...setelah mereka besar
aku dibuang
aku didera
aku sakit akibat strok
kencing, berak suma tak dibersihkan
mereka memaki hamun aku
aku dihina
aku dikatakan menyusahkan mereka
aku pergi menghadapNya dalam diam
tiada siapa peduli
isteriku pergi dahulu akibat disimbah air panas oleh anak-anakku
aku berdosa Ya Allah
ibu ayah!!!
aku berdosa
namun sudahku tahu
tempatku di
NERAKA!!!
Hope you get it...till then, that is how
iGossip
1 Gossips/Comments:
uiks...cite betul ke? insaf skjp...
Post a Comment