as-salam
Saudari Siti Fatimah Mukhtar merupakan seorang pintar yang berasal dari Kelantan yang memperolehi keputusan yang amat cemerlang pada SPM 2006 dengan 17 1A dan 1 2A. Beliau kini sedang menyambung pelajaran dalam jurusan perubatan (Medicine) di University of Nottingham, United Kingdom.
Beliau bersama slip SPM yang menggemparkan satu Malaysia |
Bagi aku, yang paling menarik tentang Siti Fatimah adalah beliau masih kekal dengan imej bertudung labuh, masih kekal dengan cara hidup sebagai seorang gadis Melayu Malaysia dan yang penting seorang Muslimah sejati. Walaupun sudah berada di perantauan orang buat jangka masa yang panjang, saudari ini masih mengamalkan cara hidup yang amat disengangi untuk dikongsi bersama.
Apakah aktiviti-aktiviti seharian beliau?
Dengan berbekalkan hafalan 17 juzuk al-Quran, rasa hormat aku terhadap saudari ini semakin bertambah. Bukan sahaja akhlaknya yang baik, malah aktiviti seharian yang dijalankan juga menyebab hati aku sejuk bila mengetahui. Buat ibunya yang mengandungkan dia selama 9 bulan, mesti sejuk kan...? Semoga saudari istiqamah dalam melakukan apa yang sedang saudari praktikkan.
Pesanan ikhlas dibawakan oleh iGossip.
Inilah perwatakan dan ciri-ciri yang seharusnya menjadi teladan kepada seluruh anak muda di Malaysia mahupun di serata dunia. Biarpun seluas mana ilmu di dada, agama masih menjadi perkara utama. Kepada saudari Fatimah, saya Muhamad Rizal bin Sadiman ingin mengucapkan syabas dan tahniah atas semua kejayaan yang anda telah kecapi dan bakal kecapi. Semoga Allah sentiasa limpahkan barakahNya kepada saudari. InsyaAllah.
Untuk mendapatkan tips belajar oleh saudari Siti Fatimah Mukhtar, sila klik link ini.
Hope you get it...till then, that is how
iGossip
8 Gossips/Comments:
siti ni baik sangat..me know her in person..she used to be my junior masa sekolah rendah, dan we all beza setahun je.. her mother adalah guru besar sekolah saya masa itu
Alhamdulillah.....khabarnya Rizal Sadiman juga begitu....
bagus dibuat bakal ibu kepada anak-anak tu. :)
@me suya yeke? bagusnye...alhamdulillah msih kekal akhlak terpujinye
@Azham Vosovic hehe..mane dgr ni?
@gadisBunga haha..ape la kak GB ke situ plak dia. InsyaAllah wanita solehah adalah utk lelaki solehah
jazakallah..
terharu kot tgk akk ni.. :)
alhamdulillah.. hee.. dpt inspiration.. :)
@Mimi Jazman Sama2..sama la kita, sejuk hati memandang kan? Bagus la dpt inspiration :)
Post a Comment