Sunday, December 5, 2010

--> Perempuan MAKANAN

salam
PUISI untuk TATAPAN semua


kau bersih
kau suci
kau wanita

kau tak kenal apa itu bahaya
kau tak kenal apa itu hawa
kau tak kenal apa itu buaya
dan kau tak kenal apa itu dosa

hidupmu berfoya-foya
tubuhmu dimamah gembira
oleh adam yang tamak haloba
bisikan syaitan semata-mata

kau bukan lagi dara
kau hidangan malam tak kira ketika
termakan pujuk dan rayuan manja
kau bodoh wahai wanita!

aku sedar aku lelaki
tak berhak menghamun membuta tuli
tapi aku punya tugas mithali
memimpin kau perawi bumi

kau lari kerana penat
mencari jodoh kalangan umat
tapi satu sudah terlambat
daramu hilang tidak bertempat

kita diijab sekali lafaz
kau tanam rahsia yang lepas
aku cungkil apa yang disembunyi
kau meraung meminta simpati

arghhhh!
itu semua tidak ku tahu
ku hambat kau ke kaki pintu
walau kau sujud membeku
pandang wajahku, tatap mataku,
kau perempuan tak laku!

Hope you get it...till then, that is how

iGossip