as-salam
Situasi sebenar : Seorang nenek pegi kedai beli ubi,
tiba-tiba dilanggar beca lalu mati ditempat kejadian.
Buletin Utama - "Nenek meninggal dunia, pemandu beca dicari."
Harian Metro - "Hangat! Nenek mati dengan ubi di tangan." ... ... ...
Utusan Malaysia - "Nenek mati dilanggar beca satu propaganda pembangkang?"
Harakah - "Kami tiada beca."
Malaysiakini - "Beca langgar lari bukti kerajaan makan rasuah."
Twitter @NajibRazak - "Nenek sanggup mati kerana ubi, menunjukkan ubi 1Malaysia berkualiti dan digemari rakyat!"
Blog Melayu paranoid - "Keraguan sijil halal ubi mungkin punca nenek mati dilanggar beca."
Ibrahim Ali - "Sampai bila kita nak tengok nenek-nenek Melayu mati dilanggar beca akibat ubi orang Cina dan India? Melayu perlu bangun menentang!"
Pancaindera - "Kisah nenek dilanggar beca diabadikan dalam filem terbaru David Teo, Beca Gangster."
Mangga - "Makan Ubi untuk kekal seksi"
Mastika - "Misteri penarik beca: temubual eksklusif dengan hantu ubi."
Samy Vellu - "Beca tak bayar tol dicari"
p/s: Rekaan semata-mata dan dicedok daripada status Facebook seseorang hehe
Hope you get it...till then, that is how
iGossip
10 Gossips/Comments:
satu benda dgn kepelbagaian 'penjelasan'nya kan..?
hahahhaa.....yup!btl2....mcm2 versi mengikut pemikiran masing2
hahahaa. manipulator di mana-mana!!
@Fatin Mraz betul2..mcm2 ragam manusia skrg
@Airil Azmei(Sky EagLe) pemikiran...itu yg perlu ditekankan kan?
@gadisBunga sangat!
Kenyataan ibrahim ali tak bley bla...
Pancaindera dengan mangga tue jangan bacalah,mengecutkan otak n membodohkan bangsa sendiri.Aku dlu peminat mastika,tp after that i'm realised that banyak facts dia yg tak betul...huhuh
Bacalah bahan yg boleh mematangkan pemikiran kita...
@ASyraff Ryu betul2. majalah2 mcm tu mmg bleh merosakkn minda msyrakat.
hahaha.. nice one.. otak kite klau x berburuk sangke mcm x bleh kn?? hehehe..
@Mimi Jazman agak la..typical
Post a Comment