salam
Sesungguhnya manusia memerlukan sahabat. Rasulullah S.A.W sendiri mempunyai ramai sahabat daripada pelbagai kaum. Sahabat itu penting dalam hidup kita kerana kepada merekalah kita bergantung dan bercerita selepas ibubapa. Aku jugak mempunyai ramai sahabat, tidak terkira bilangannya dan aku sayang mereka semua. Aku ada beberapa sahabat karib yang sentiasa bersama. Bersukan, membaca al-Quran, ke surau dan macam-macam lagi aktiviti kami buat bersama. Di saat memerlukan, sahabatlah yang banyak membantu. Di kala sedih merekalah pengubat rindu.
Sahabat setia
Kau aku sentiasa bersama, ke kiri ke kanan melangkah serupa
Tidak pernahku jangkal persahabatan kita kerana ku tahu kita milikNya
Kita bersama menyerahkan diri kepada Allah taktala seruan azan mula bergema
Sahabat setia
Pernahku terluka dengan sikapmu dan aku sedar dirimu juga begitu
Namun tidak pernah kita bersengketa lama kerana hati disatukan oleh yang Maha Kuasa
Kembali ke realiti kehidupan di mana perhubungan juga ada pasang surut mustahil diduga
Sahabat itu lahir dari hati
Allah menyatukan hati kita kerana kita taat akan perintahNya
Allah memberkati kita kerana kita menghambakan diri kepadaNya
Pintaku agar Allah tempatkan kita semua di dalam syurga yang mulia
Sahabat itu lahir dari hati
Terjalinnya ikatan kerana agama
Terjalinnya ikatan kerana agama
Terjalinnya ikatan kerana agama
Semoga kita sentiasa bersahabat
Walau di mana kita berpijak agar ukhwah tidak meledak
Ya Allah
Terima kasih atas kurniaanMu
Kau berikan aku sahabat yang bersatu
Tidak ternilainya mereka bagiku kerana tanpa mereka tiadaku mampu
Allahuakhbar!
Jom tengok sahabat-sahabat aku.
Hope you get it...till then, that is how
iGossip