iSmile

INSAN BERNAMA MUHAMAD RIZAL BIN SADIMAN

Aku
Anak tunggal lelaki kelahiran malam
Biarpun kelam tetapi ketabahan tersulam
Mendabik dada melalui arus kehidupan
Yang tiada pasti destinasi di hadapan

Aku
Membesar dalam keadaan sederhana
Kelurga tidak kaya juga tidak mewah berharta
Tidak pernah menjerut leher kelaparan kedahagaan
Terima kasih walid ummi yang sayangnya tiada tandingan

Aku
Ceria di mata tetapi di hati jarang
Tidak mengenal apa itu sedih namun terkadang aku longlai
Kekuatanku hanya pada senyuman dan belang
Tanpa payung berjemur di tengah padang kota terbengkalai

Aku
Tanpa segan silu tegur dan menyapa engkau-engkau
Kata mereka aku pelik tanpa kena tempat yang sepatutnya
Tetapi mereka tidak tahu niat aku yang ditanam di dasar dari lampau
Kehidupan yang sunyi memaksa aku tebalkan muka mencari makna gembira

Aku
Tidak sesekali merasa diri aku hina sesama manusia
Namun aku sedar akalku terbatas kerana aku dan engkau sama punya lima pancaindera
Aku menyusul lara hidup sembunyikan rahsia hati dan nafsu kotor
Kerana aku takut balasanNya yang agung tidak berbaur

Aku
Pentingkan maruah namun kadang kala aku rebah sebelum melangkah
Mungkin kehendakNya aku bersabar yakni akan dikurniakan balasan
Langkah keduaku bertarung kaki beranjak ke hadapan kiri dan kanan
Sujud kepadaNya memohon pertolongan

Sesungguhnya aku insan yang lemah
Miskin harta dan makanan jiwa