as-salam
Dah dapat ke belum? |
Beberapa hari lepas, bila aku letakkan status "Penjarakan sahaja pelajar yang jual voucher buku tu.." di Facebook dan Twitter, pelbagai reaksi aku dapat. Ada la pertelingkahan sedikit. Harini aku nak kongsi dengan korang serba sedikit tentang pertelingkahan tersebut.
Alasan I: Mana ada pelajar beli buku sekarang, maklumat di hujung jari.
Jawapan aku: Mana bukti pelajar tak beli buku? Boleh harap ke semua sumber daripada internet? Sumber daripada internet tu ambil daripada mana pulak? Buku kan? Lagipun, untuk menyiapkan tugasan ynag berkualiti, sumber mestila daripada buku kerana ianya lebih dipercayai dan kukuh (reliable). Bagi pelajar yang bagi alasan macam tu, aku memang bangkang 100%! Bagi pelajar yang berfikiran macam ni sebagai alasan nak jual vocher buku, mesti anda selalu pinjam buku kawan kan?
Alasan II: Daripada kerajaan beri voucher, lebih baik bagi duit atau belikan buku untuk pelajar-pelajar universiti.
Jawapan aku: Anda pasti anda takkan gunakan duit tu untuk kepentingan peribadi? Beli topup, phone baru dan sebagainya. Alasan suruh kerajaan sediakan buku untuk pelajar universiti adalah alasan paling tak munasabah pernah aku dengar. Kementerian Pelajaran Malaysia dah lakukan macam untuk pelajar. Course di universiti-universiti di seluruh Malaysia ada beribu kan? Kena la faham. Pelajar universiti janganlah terlalu manja. Bukan berumur 8 tahun (darjah 2) lagi semua benda nak ditunjuk ajar. semua nak kena dibimbing, sampai buku orang nak sediakan. Belajar ke tidak tu? Ke tak terpelajar? Kita nak belajar, belajar la bersungguh-sungguh, baru la dapat lahirkan rakyat minda kelas pertama. Jangan Tanya apa Malaysia boleh lakukan untuk kita, Tanya “apa aku boleh lakukan untuk Malaysia?”.
Alasan III: Kenapa baru sekarang kerajaan nak bagi bantuan buku? Pelaburan nak pancing undi agaknya.
Jawapan aku: Jangan semua benda nak dipolitikkan. Bantuan ni, kita tengok secara positif, bukan dari sudut politik semata-mata. Kalau kerajaan tak bagi bantuan, ada yang politikkan, bila dah bagi pun nak dipolitikkan. Jadi, nak buat macam mana aku pun tak tahu dengan sesetangah golongan ni. Bukan nak bela mana-mana pihak, tapi itulah yang sewajarnya aku sampaikan. Itu usaha kerajaan, bab pancing undi atau tidak, aku rasa semua ada fikiran masing-masing. Kalau anda rasa ini salah satu strategi kerajaan untuk pancing pengundi, tetapi anda tidak mengundi, siapa yang boleh buat apa? Kuasa ditangan kita. So, jangan semua dipolitikkan. Kalau diri sendiri mudah dibeli dengan politik wang, maknanya anda yang pilih. Aku? Aku anggap bantuan ni sebagai sesuatu yang positif, usaha kerajaan untuk membantu pelajar Malaysia agar dapat menikmati pembelajaran yag lebih selesa atau dengan erti kata lain, nak kurangkan beban pelajar.
Pesanan ikhlas: Kita semua kena belajar bersyukur, jangan terlalu mengikut perasaan. Fikir masa depan, bantuan telah diberi, gunakan sebaik-baiknya. Jangan bila tak dapat bantuan buat bising, dah dapat bantuan buat kepala. Itu sahaja, mohon maaf jika ada terkasar bahasa.
Hope you get it...till then, that is how
iGossip