Pages

Sunday, October 30, 2011

---> iKelakar: Nenek, Ubi dan Politik!

as-salam


Situasi sebenar : Seorang nenek pegi kedai beli ubi, tiba-tiba dilanggar beca lalu mati ditempat kejadian.

Buletin Utama
- "Nenek meninggal dunia, pemandu beca dicari."


Harian Metro
- "Hangat! Nenek mati dengan ubi di tangan." ... ... ...

Utusan Malaysia
- "Nenek mati dilanggar beca satu propaganda pembangkang?" 

Harakah - "Kami tiada beca."

Malaysiakini - "Beca langgar lari bukti kerajaan makan rasuah." 

Twitter @NajibRazak - "Nenek sanggup mati kerana ubi, menunjukkan ubi 1Malaysia berkualiti dan digemari rakyat!"

Blog Melayu paranoid - "Keraguan sijil halal ubi mungkin punca nenek mati dilanggar beca."

Ibrahim Ali - "Sampai bila kita nak tengok nenek-nenek Melayu mati dilanggar beca akibat ubi orang Cina dan India? Melayu perlu bangun menentang!"

Pancaindera - "Kisah nenek dilanggar beca diabadikan dalam filem terbaru David Teo, Beca Gangster."

Mangga - "Makan Ubi untuk kekal seksi"

Mastika - "Misteri penarik beca: temubual eksklusif dengan hantu ubi."

Samy Vellu - "Beca tak bayar tol dicari"



p/s: Rekaan semata-mata dan dicedok daripada status Facebook seseorang hehe

Hope you get it...till then, that is how

iGossip

10 comments:

  1. satu benda dgn kepelbagaian 'penjelasan'nya kan..?

    ReplyDelete
  2. hahahhaa.....yup!btl2....mcm2 versi mengikut pemikiran masing2

    ReplyDelete
  3. Kenyataan ibrahim ali tak bley bla...
    Pancaindera dengan mangga tue jangan bacalah,mengecutkan otak n membodohkan bangsa sendiri.Aku dlu peminat mastika,tp after that i'm realised that banyak facts dia yg tak betul...huhuh
    Bacalah bahan yg boleh mematangkan pemikiran kita...

    ReplyDelete
  4. @ASyraff Ryu betul2. majalah2 mcm tu mmg bleh merosakkn minda msyrakat.

    ReplyDelete
  5. hahaha.. nice one.. otak kite klau x berburuk sangke mcm x bleh kn?? hehehe..

    ReplyDelete