Saturday, September 13, 2014

--> 57 Tahun Merdeka, Saya Sayang Malaysia!

as-salam

Penulisan hari ini adalah 100% dalam Bahasa Melayu. Semua gambar-gambar di bawah diambil semasa sambutan Hari Kemerdekaan ke 57 di Dataran Merdeka. Dari awal pagi lagi, aku dan kawan aku, Amir bertolak dari kampus ke lokasi. Aku memang berdarah patriotik dan kasih sayang aku terhadap negara tidak berbelah bahagi. Penulisan kali ini hanya akan ditumpukan gambar-gambar tertentu sahaja. Jom lihat!
Ini aku, sambil memegang bendera Jalur Gemilang yang diberikan percuma oleh pekerja yang bertugas pada hari tersebut. Aku bangga dapat kibarkan Jalur Gemilang sambil menyanyikan lagu-lagu bertemakan kemerdekaan yang dimainkan sepanjang acara berlangsung.
Setibanya sampai di Dataran Merdeka, aku ternampak budak comel ini, berbaju kemas yang diperbuat daripada bendera Malaysia. Terima kasih ibu dan ayahnya yang sangat berjiwa patriotik.
Budak comel kedua ini berbaju kurung lengkap dengan tudung yang diperbuat daripada bendera Malaysia juga. Memang menarik perhatian betul. Lihat sahaja senyuman yang terukir dibibirnya. 
Kata orang, mereka yang lebih tua sememangnya memiliki semangat jati diri dan patriotisme yang tinggi dalam diri mereka. Kenapa ya? Mungkin kerana mereka merasa pahit maung usaha untuk mendapatkan kemerdekaan. Selain itu, mereka juga melihat sendiri peristiwa 13 Mei yang telah merangut banyak nyawa. 
Gambar ini diambil pada tengah hari, jadi muka adik ini pun sudah layu...panas agaknya. Namun begitu, semangatnya untuk terus berada di Dataran Merdeka sehingga ke pengakhiran acara perlu dipuji!
Terima kasih abang, kakak dan adik yang sudi bergambar. "Adik, cepat senyum, abang tu nak ambil gambar." Kata ayahnya sewaktu aku meminta keizinan untuk mengambil gambar mereka sekeluarga.
Keluarga berjiwa patriotik yang tidak perlu disangkal lagi. Memang keluarga bahagia dan meriah ini perlu dipuji selayaknya. Banyak lensa-lensa tertumpu kepada mereka, termasuk lensa aku. Tahniah, tahniah, tahniah!

Pesan aku kepada sahabat dan sesiapa yang membaca, cintalah negara anda. Memang aku memasang niat untuk berhijrah ke negara lain, namun begitu, ianya bukan bermaksud aku tidak sayang kepada negara. Aku punya alasan tersendiri. Ayuh, sama-sama kita sematkan dalam diri kita perasaan cinta akan negara.

Hope you get it...till then, that is how

iGossip

Thursday, September 11, 2014