Wednesday, December 25, 2013

--> Ada Apa Dalam Perut Aku?

as-salam

Entry kali ini akan sedikit annoying atlas dua sebab. Pertama, mixed language. Kedua, korang akan rasa lapar. Tapi ada aku kisah? hehe. Gambar-gambar dalam ni semua repost balik dari instagram aku so kurang sikit kualiti. Sorry boh.

1. Mac and Cheese. Ni isteri cikgu Zamri masak waktu aku kat MRSM Jeli hari tu buat internship kat sana demi lovato menimba pengalaman.
2. Scones. Sedap sangat. Aku beli benda alah ni kat Riche Montana, bakery Korean kat South City. Sebab apa scones? Sebab aku terliur tengok Nicki Minaj makan dalam Chatty Man interview.
3. Tak tahu nama apa tapi memang mengimbau kenangan lah. Azham kasi, Farah belikan kat Labis. Kawasan bandar macam ni mana la nak dapat lagi kan...?
4. Kerabu Mangga at Johnny's. Terlalu sedap. Memang suka. Tak kisah bab harga, aku sanggup makan dua besen. Sedap sehingga menjilat ibu jari kaki.
5. Sushi King. Tiap-tiap kali habit practice theatre je, mula la kami kelaparan macam tak makan tujuh purnama. Group members aku pun memang jenis pelahap jugak. 
6. Cendol depan UNITEN. Sedap baq hang. Penang mari. Dah la murah, sedap nak mampoihhh. Ni special, RM2 rasanya. Lepas balik main badminton, aku dengan member lain terus shoot datang sini.
7. Seoul Garden. Korea la sangat kau Rizal. Yang ini dekat The Mines. Sebab lama sangat tak ziarah tempat ni, tak tahu pulak dah ada Sushi. Kat mana Koreanya kedai ni bila ada Sushi?
8. Roti Prata apa entah nama penuhnya. Kurang delicious katanya. Dekat Murni Bukit Jalil. Kalau cawangan SS2 mungkin lebih enak.
9. KitKat. Lecturer uni kau ada kasi KitKat waktu kelas? Lepas tu senyum sambil suruh makan. Takde kan? UPM je ade. Thanks Dr. Noreen. Sayang Dr. sampai mati.
10. Steamboat D'Klasik. Sedap weyh...kuah dia boleh buat datuk nenek terangkat dari hujung beranda. Siap ada telur burung puyuh. Semua ni RM6 ja. Berbaloi-baloi.
Hope you get it...till then, that is how

iGossip.

0 Gossips/Comments: