Tuesday, May 28, 2013

--> iNews: Hapus Jaminan Jawatan Guru Pelatih IPG

as-salam

Berita ini telah tersebar meluas dan mendapat pelbagai reaksi daripada guru-guru pelatih di seluruh Malaysia khususnya pelajar di Institut Pendidikan Guru (IPG). Seperti yang terkandung dalam artikel di bawah, Kemeterian Pendidikan merancang untuk memansuhkan jaminan jawatan automatik yang diberi kepada guru pelatih di IPG. Sila rujuk artikel.
Saya sebagai seorang guru pelatih di IPG Kampus Bahasa Antarabangsa & Universiti Putra Malaysia turut terpanggil untuk memberikan beberapa pendapat peribadi untuk sekadar perkongsian. Pertama, rata-rata komen di Facebook berbunyi "CGPA 4.00 tak semestinya bermaksud pelajar tersebut boleh mengajar". Betul...tetapi, ada satu komen yang membalas "Menteri tak cakap pun yang 4.00 sahaja boleh mengajar. Yang ada keperibadian pun diambil kira. Maknanya, jika CGPA 4.00, tapi akhlak out, tak dijamin juga" Betul tu. Jadi, apa yang kita nak takutkan? Bukankah guru adalah role model kepada pelajar? Jadi, asas yang diambil kira sebelum guru pelatih tersebut diserap sebagai guru adalah kukuh. InsyaAllah, kalau akhlak & sahsiah kita baik melambangkan keperibadiaan seorang guru, tidak ada alasan untuk kita tidak diserap.

Kedua, ramai yang tidak setuju jika kita bandingkan sistem pendidikan di Finland. Bercakap mengenai soal perbandingan, hampir kesemua isu akan menjadi sukar termasuk isu sistem pendidikan percuma dan sebagainya. Namun, jika perbandingan yang dibuat adalah bertujuan untuk memantapkan sistem pendidikan, apa salahnya? Tak perlu dinafikan, rakyat Malaysia mahukan sistem pendidikan yang mantap, 1st class katanya, tetapi jika tiada tindakan yang diambil, maka tiada pembaharuan di situ. Betul? Tapi jangan risau, perancangn ini masih dalam peringkat perbincangan dan penelitian mendalam akan dijalankan. Jadi, diminta semua jangan gelabah sambil makan popcorn. Sesuatu sistem itu tidak akan dijalankan sewenang-wenangnya. Sabar.

Ketiga, mengenai 'open market'. Sejujurnya aku cakap, aku amat suka dengan konsep ni. Jangan nak tipu....ramai di antara guru pelatih yang tidak langsung berminat untuk berkhidmat sebagai guru tetapi marah jika sistem 'open market' dijalankan. Sebab? Sebab tiada jaminan kerja. Jika anda memenuhi kriteria sebagai guru, maka tidak perlu runsing, segalanya akan berjalan lancar, insyaAllah. Kalau 'open market' dilaksanakan, maka mereka-mereka itu (yang tidak mahu menjadi guru) tidak perlu terikat dengan kontrak selama lima tahun. Masih banyak lagi guru pelatih di universiti yang mahukan tempat anda. Mereka ini tiada jaminan jawatan tetapi mereka bersungguh-sungguh. Kita dapat elaun dan jika sistem 'open market' dilaksanakan, kita masih mempunyai kelebihan di situ. Kan...? Tapi lain la kalau elaun akan dimansuhkan menjadi PTPTN? Dia sahaja yang tahu. Elaun tu amanah, jadi guna di jalan yang sepatutnya. Jangan jolly je, tetapi marah bila tak diserap. 

Keempat, pihak kementerian perlu duduk di meja bulat dan berbincang bersama para pendidik untuk sama-sama memantapkan sistem pendidikan kita. Daripada segi pengambilan guru sehingga silibus yang mampu memenuhi kehendak semua pelajar daripada setiap peringkat umur. Untuk memajukan sistem pendidikan, guru-guru perlu bersuara tentang keperluan mereka di sekolah, keadaan sebenar. Kita tidak boleh harap 100% kepada pihak kementerian, kita perlu bantu mereka. Mengapa? Sebab kita yang terlibat secara langsung di sekolah ini yang lebih tahu keadaan sebenar. Jika kita mahu sistem yang mantap, kita perlu sumbangkan idea, bukan hanya cakap kosong. Okay? Boleh? Terbaik!

p/s: Ada terbaca komen "guru IPG lebih berkualiti"...sejauh mana kebenarannya? Kita tengok sekeliling, kita nilai.

Hope you get it...till then, that is how

iGossip

2 Gossips/Comments:

依之汉 Best Blogger Tips said...

Pandangan bernas, kawanku. Sistem pendidikan di Malaysia banyak lagi boleh ditingkatkan. Perlu ada usaha dan kerjasama. Dan pandangan saudara memang bagus.

p/s: Mungkin guru-guru dan pengetua yang sakan lihat BoBO bergiyomi tu ada potensi tak dari IPG? =P

Rizal Sadiman Best Blogger Tips said...

@依之汉 Thanks you so much...erkk..wallahualam :)