Friday, April 26, 2013

--> iSelebriti: Disebabkan Isu Politik, Adam Corrie Rugi RM40K

as-salam

Saudara Adam Corrie, 45, berkata, dia telah dianiaya oleh individu tidak bertanggungjawab yang merakamkan gambarnya dalam sebuah ceramah agama di Taiping, Perak. Ikuti kisah dan luahan perasaan beliau di bawah.
Katanya, pada majlis agama itu, dia tidak sempat berjumpa dengan pemimpin PAS berkenaan (Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk, Dr. Haron Din) tetapi agak terkejut apabila gambarnya telah dimanipulasikan di Internet oleh pihak-pihak tertentu sehingga menyebabkan syarikat produksi drama di negara ini enggan menawarkannya berlakon
“Apabila keadaan ini berlaku, ia sedikit sebanyak mengganggu pendapatan saya yang mana saya mengharapkan daripada sumber berlakon untuk menyara isteri dan keluarga.
“Saya mahu jelaskan di sini bahawa saya tidak berpihak kepada mana-mana parti politik kerana saya seorang yang neutral.
“Tujuan saya menghadiri ceramah hanya ingin mendapatkan ilmu sebagai seorang mualaf,” ujarnya. – mStar.
Untuk sumber & berita penuh, sila klik di sini.
Pendapat ringkas: Saya amat simpati dengan apa yang berlaku kepada saudara Adam Corrie. Bukan apa, bila perkara-perkara sebegini berlaku, punca pendapatan & periuk nasi beliau turut terganggu. Beliau mempunyai isteri dan keluarga dalam tanggungan. Oleh yang demikian, saya berharap perkara sebegini tidak akan berulang kembali. Jangan kita sesuka hati memanipulasi gambar-gambar tanpa usul periksa atas dasar kepentingan peribadi. Terima kasih.

Hope you get it...till then, that is how

iGossip

2 Gossips/Comments:

Iqram Best Blogger Tips said...

I didn't get it at first either, haha. Aaaand... 'Kakak' means something else in our house .

Rizal Sadiman Best Blogger Tips said...

@Iqram Thanks for the comment..but i believe u have posted it in the wrong entry hehe