Monday, January 14, 2013

--> iPuisi: Tulisan Kita

as-salam

Puisi ini ditujukan kepada semua sebagai tanda peringatan. Untuk awak dan juga untuk saya kerana kadang kala tulisan kita boleh mengguris sesiapa sahaja tanpa kita sedari. Ingatlah semua, bila anda menulis komen di laman-laman sosial, jangan terlalu rakus sehingga komen anda menjadi bahan fitnah dan disebarkan. Bayangkian jika satu juta orang mempercayainya. 
Tulisan kita
Menegakkan kebenaran, namun isinya pahit

Tulisan kita
Berniat tulus, namun luarannya perit

Tulisan kita dibaca, tulisan kita dicerca
Baik kehendaknya, kurang mulia cara ukirannya

Tulisan kita, tulisan fikiran
Rakus mencatat, tiada batasan

Ingatlah teman, semua itu tulisan kita
Baiknya, buruknya
Dibaca dan disebar
Fitnah menjalar jika batil diajar

Ingatlah teman, kasar itu kadangnya halus
Terkedu, terputus
Ukhuwah sesama insan
Kerana tulisan adalah beban dan baran

Hope you get it...till then, that is how

iGossip

12 Gossips/Comments:

Mimi Jazman Best Blogger Tips said...

Nice.. :)

i like it..

依之汉 Best Blogger Tips said...

Apabila baca puisi ini, teringat pula puisi Antologi tingkatan 4 dahulu. Tentang betapa tajamnya kata berbanding pedang.

Yang pasti, apabila kita banyak menulis dan membaca, akan keluarlah pengertian seperti yang puisi yang dinukilkan ini.

p/s: Puisi yang bagus dan jelas.

apple damein Best Blogger Tips said...

Setara dengan khutbah Jumaat last week, Fitnah Siber..

Warna Warni Kehidupan Best Blogger Tips said...

sye juga sangat berhati2 dengan entri yang di tulis..

gadisBunga™ Best Blogger Tips said...

dengan tulisan, kadang silaturrahim boleh terjalin,

kekadang juga...hubungan boleh menjadi hambar.

kena hati hati...

Rizal Sadiman Best Blogger Tips said...

@Mimi Jazman Thanks a lot

Rizal Sadiman Best Blogger Tips said...

@依之汉 nnt sy cuba cari puisi tu dan baca lagi..

Rizal Sadiman Best Blogger Tips said...

@apple damein :) thanks dtg melawat

Rizal Sadiman Best Blogger Tips said...

@Warna Warni Kehidupan kena hati2 supaya tidak memakan diri sendiri

Rizal Sadiman Best Blogger Tips said...

@gadisBunga™ betul. rosak silaturahim amat bhya

Jik Kam Yong Best Blogger Tips said...

The pen is mightier than the sword, eh?
Let's keep writing provocative stuff to knock ppl out of their comfort zones. =)

Rizal Sadiman Best Blogger Tips said...

@Jik Kam Yong hahhaha lets do it but be careful